Setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Yang pasti kita harus bersabar dan terus berdoa. Kalau hari2 seronok dan bergumbira pastinya kita lupa untuk mmenadah tangan mengucapkan syukur serta memohon padaNYA akan kesenangan di dunia dan akhirat.. Dalam setiap kegembiraan kena ada jugak kesayuan untuk diinsafi..wallahualam..
Sunday, September 12, 2010
Raya oh Raya
Setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Yang pasti kita harus bersabar dan terus berdoa. Kalau hari2 seronok dan bergumbira pastinya kita lupa untuk mmenadah tangan mengucapkan syukur serta memohon padaNYA akan kesenangan di dunia dan akhirat.. Dalam setiap kegembiraan kena ada jugak kesayuan untuk diinsafi..wallahualam..
Friday, August 13, 2010
HARAPANKU..

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Ramadhan menjelma kembali. 1001 kenangan menerjah memngingatkan Ramadhan yang lalu..Alhamdulillah..dapat lagi aku menunaikan ibadat puasa tahun ini..Semoga puasa tahun ini lebih baik dari sebelumnya. Tahun lepas..aku menyambut kedatangan Ramadhan di wad PMC. Kenangan yg tak dapat dilupakan. Walaupun berada di ward, tapi aku tetap menjalani ibadah puasa seadanya..bagiku ianya lebih memberi keinsafan atas segala kekurangan.
Aku terlalu berharap Ramadhan tahun ini lebih sempurna dari tahun sebelumnya..dan Aidilfitri yang bakal menjelma membawa seribu makna dalah hidup aku dan keluarga. Sebolehnya ingin kusambut Ramadhan dan Aildilfitri sepertinya yang terakhir bagiku. Mungkin aku tidak dapat bersama mereka atau tanpa salah seorang daripada kami. Akan tetapi..Ya Allah..Kau kekalkanlah jodoh kami hingga akhir hayat. Kau panjangkanlah umur kami dengan kebajikan ke arah keredhaanMu.
Sunday, August 1, 2010
SURAH AMALAN UNTUK ANAK2
anak2 bergaduh
- Surah Al Baqarah - Ayat 102
Anak2 pandai belajar
- Surah Al Anbiyaa'- Ayat 79
Anak2 lembut hati/ elak panas baran
- Surah Al Anbiyaa - Ayat 69, Surah Al Hasyr - Ayat 22-24
Anak2 malas sekolah
- Surah Toha ayat 1-5
Bg anak2 yg suka keluar malam
- Surah Ar Ruum Ayat 31. Baca 33x
Friday, July 16, 2010
KEK GULA HANGUS
Semalam aku telah menghabiskan the last slice of my first homemade kek gula hangus. Adib menagis2 nak kek tu bila dia nampak aku makan..so the last bite was his.
Pagi ni aku bangun awal..around 7 aku dah masuk dapur dengan anak kecilku si Rehana..Aku letak dia dalam walker..dan aku pun menjalankan tugasku sebagai chef of Teratak Bahagia. Semua bahan dah dikeluarkan...so aku pun memulakan operasi membuat kek gula hangus yang diajar oleh kawanku Atie. This time, aku tambah adunan supaya dapat lebih banyak..sikit2 tak cukup, sebab nak hantaq serata alam..jiran tetangga a.k.a my parents, ibu mertuaku..sahabat baik sebelah umah mak..ishh ramai lagi la..Seb baik hari ni cuti, kalau tak kena bawak ke tempat keja lagi...(heheh jangan ,marah kawan2, suatu hari nanti anda pasti merasa kek yg sedap ini). Bagi sesapa yang terbaca blog ni..dan mungkin terliur dengan kek gula hangus..bole amik resepi dan buat sendiri..huhuuu..
Bahan2:
1 1/2 cawan tepung gandun
1 cawan air
1/2 cawai ais ketul
1 1/4 cawan susu pekat
1 1/4 cawan gula
2 1/2 sudu soda bikarbonat
4 biji tellur Gred A @ 5 biji telur bersaiz sederhana.
3 sudu butter
Cara2:
1. Panaskan gula sehingga kekuningan( jangan gelap sangat nanti pahit), masukkan air perlahan2.Kemuadian masukkan butter. Then masukkan ais ketul( teori org tak sabar untuk bg cepat sejuk. Tapi jangan bagi sejuk sangat. Agak2 suam2 kuku) Ketepikan sementara.
2. Pukul telur agak2 1 minit, masukkan susu pekat.
3. Gaulkan tepung gandum dengan soda bikarbonat dan ayak ke dalam bekas telur dan susu tadi. Finally masukkan adunan gula hangus. Gaul sebati. Kalau nak senang blend/ putarkan je semua bahan yang diadun. Biarkan adunan selama 2-3 jam.
4. Bakar dengan suhu 190C selama 1 jam. Kena check selalu, kot2 hangus.. Nanti x jadi kek Gula Hangus, Jadi Kek Dah Hangus plak...
ok selamat mencuba.. Kek pun dah masak, kejap lagi aku upload gambar yerr.. Adib dah tunggu tepi oven.. Love u Adib..mama suka adib makan bebanyak, sebab kurus sangat...hehehe
Wednesday, July 14, 2010
SAME INGREDIENT, COOK IN A SIMILAR POT..THEN GUESS THE PRODUCT
We talk about them which are closely related..
Sarcasm, yes they should deserve..
Heart without feeling, they react..
Brain with no thinking they speak..
Huhhhh..again we hurt.
We labeled as unmotivated...
Reality... mereka hilang pedoman...
Y Allah..show them the right path..
Tuesday, July 13, 2010
APA NAK JADI??

Banyak sangat yang dok bersarang dalam kepala untuk dilepaskan di sini..Heehee that is one of the purpose why am blogging, selain meluahkan rasa syukur, mencurahkan rasa sayang danberkongsi pelbagai ilmu..
Sepatutnya sekarang ni masa untuk menganalisis journal untuk dikritik..tapi perasaan rindu yang membuak2 pada blog kesayangan ni yang meminta aku untuk mencoretkan sesuatu, Jadi terpaksalah aku korbankan journal tu dulu.. Sorry Prof! Our date will be this Saturday..a few day to go..still got time.
Hari ni aku memulakan kuliah pertama. Seawal pagi aku dah bangun menguruskan anak yang tak berapa sihat. She got asthma actually. Rasa serba salah nak tinggalkan Adu. Tapi kalau nak ponteng kelas, tak patut sangat, last week dah dikira tak hadir walaupun aku belum daftar untuk kelas tersebut. so bergegas ke Klinik Yeoh and budget pukul 10.30 dah kena bertolak..alhamdulillah..Berjaya punctual. So kelas pertama berakhir setelah 2 jam..Rehat 1 jam, kelas kedua bermula. I like!! Tapi aku agak kekeliruan dengan medium yg sepatutnya digunakan. Sebab masa degree dan kpli.. the institute dah tetapkan Every Teaching and Learning will be conducted in English. And they follow 99.9%. But here? In IT class, its ok..the terms are not much differ. But in other class..huhh I have a delay in translating my mind. I am not good in both langguage. That was the problem actually. Sekarang aku dapat merasakan senario PPSMI dan kesannya kepada pelajar. Guru bagi nota in English..use the rojak language, then ask them to answer in Bahasa Melayu. There would be a conflict. It's like what am doing now, writing in both language. Ikut sedap hati nak keluaq bahasa apa..huhuu..
A few day before, on Thursday, I have to deliver an idea sharing to all my colleagues at the school canteen. Huhhhh...I only have awkward feeling..nothing to say, no preparation. Tapi ego punya pasai, ku sahut cabaran itu. I know why he asked me to be the first "great woman" to stand in front of the senior ustaz n ustazah to give morning prayer. What should I said here: the objective of the tazkirah misused by the power/authority that he has. Tazkirah yang diperkenalkan sememangnya baik dan dapat memberi kesan positif kalau dilaksanakan dengan hati yang murni. Dan jauhi HASAD!!! Hari ni geng2 pompuan pakat buat objection untuk guru pompuan bagi tazkirah pagi. Aku pun setuju, sebab kalau nak bagi tazkirah ni, biaq la orang yang berilmu agama.. Ni suruh teacher yang setahun jagung bagi tazkirah..Nasib baik tazkirah pasai ICT..bunyi macam lawak, tapi itulah hakikat pentadbiran menggunakan ???? Dia dan kawan2nya akan jadi gumbira kalau dapat melihat guru pompuan terkial2 depan majlis...dapat jadi bahan lawak untuk dijaja dibilik guru..Kawan2ku, jangan tunjuk kalah depan manusia macam ni. Kita ada harga diri.
Hari ni..aku masuk kelas kesayangan aku. Anak2 yang sangat memerlukan perhatian. Aku jadi sedih dan keliru bila mereka meluahkan perasaan tentang ketidak puasan hati mereka terhadap guru tuition Math sebelah petang. Aku agak marah bila budak2 di diperlekeh..dihumban dengan kata2 kesat. Come on la..you are teacher, you are motivator, but how come you treat students like that. Walaupun budak2 tu tak pandai, tapi kalau kena gayanya.. insyaallah depa ikut kita. Aku memang menyebelahi budak2 tu..tapi depan depa, aku tetap kata depa salah. Tak sesuailah kalau setiap kali masuk kelas maki hamun budak2 ni. Kelas 90 minit, 60 minit bercerita keburukan budak2 ni berbanding sekolah lain yg dia penah mengajaq. Siap kata, merata sekolah dia ajaq tuition, sekolah ni paling teruk, dah la bayaq RM60 saja..tempat2 lain bg RM100++..Dengaq saja ayat tu..terus darah naik kepala.. motivasi apakah ini???? Sungguh pun sekolah ni ada masalah pentadbiran( he is formerly from this school)..tapi janganlah pelajar jadi mangsa. Akulah punca budak2 dapat cikgu ni. Aku tolak tuition PIBG. So terpaksa cari guru luar. Niat aku, agar budak2 ni dapat guru yg lebih baik dan berpengalaman( dan yg paling penting, aku malas stay back kat sekolah petang2)...tapi lain pulak jadinya.
Oklah..journal Pedagogy sudah mengeliat-ngeliat ditiup angin....
Tuesday, July 6, 2010
Aku HambaMu yang Kerdil
Gambar hiasanSalam takziah buat keluarga si mati....
Semalaman aku tak boleh melelapkan mata mengingatkan kejadian di Tanah Perkuburan Masjid XXXX siang tadi.Yang dikebumikan tu adalah saudara terdekat, jadi bagi memberi penghormatan terakhir buatnya, aku pun mengiringi jenazah hingga ke tanah perkuburan.
Apa yang nak dikongsi disini bukanlah keaiban si mati, tetapi pengajaran yang aku perolehi sekitar upacara tersebut. Maha SuciMu Ya Allah...Engkaulah Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihani.Ya Rabb,Engkau mengetahui apa yang tidak kami ketahui.Kau ampunlah dosa2 kami samaada dosa kecil mahupun besar.
Dan segala yang engkau pertontonkan kepada kami, menjadi suatu ikhtibar kepada kami untuk terus mengingatiMu, menjauhi segala laranganMu dan beramal dengan agamaMu.
Setibanya aku dari tempat kerja, aku terus ke rumah arwah, menyaksikan arwah telah selamat dikafankan. Tak sempat jugak aku nak menatap wajahnya buat kali terakhir..Tetapi aku redha..aku sempat melihat wajah terakhirnya semasa di bilik mayat di hospital.Setelah selesai dikafan dan sesi "mengucup jenazah"..maka keranda pun diangkat untuk dimasukkan ke dalam van untuk di bawa ke masjid. Baru saja keranda naik dari lantai, tetiba.."prappp" lantai keranda pecah..Kalutlah orang2 yang bertugas mengikat keranda tersebut dengan kain..lalu kerja diteruskan. aku terdengar rungutan keranda itu terlau berat..Masyaallah..
Selesai sahaja jenazah disembahyangkan, jenazah dibawa ke liang lahad yang sememangnya telah siap digali. Disebabkan kawasan perkuburan itu di tepi sawah, maka secara rasionalnya aku dapati liang tersebut dinaiki air..Jadi proses menurunkan jenazah delay seketika. Sedang penggali kubur dan beberapa pembantu menimba air, tetiba...tanah yang ditimbun di atas kubur bersebelah sedikit demi sedikit runtuh menimbusi liang lahad yang telah digali. Aku nampak dengan jelas tanah itu bergerak. Bukan sekelip mata. Aku terdengar orang menjerit,"naik!! tanah himpit". Lalu penggali kubur membiarkan saja tanah itu membolos ke liang lahat. Mereka menggali semula. Sabar sungguh mereka! Hampir sejam, semua kerja selesai. Alhamdullilah. Jenazah diturunkan..dan anak-anak serta saudara mara terdekat bergelumang dengan selut(lumpur) untuk menibus tanah ke liang lahad. Sedang mereka menggumpal tanah, tetiba seseorang menjerit, "ular!". Saudara yang ada berdekatan terkejut,..dan apabila makhluk itu sampai berdekatan, didapati binatang itu seakan2 ular, tetapi berkaki. Seorang saudara lagi menyampuk" ular ada kaki".. lalu suasana sepi kembali.Lebih aneh lagi terdapat lipan bara bersama labah-labah yang berselit-selitan dicelahan tanah. Akhirnya upacara penggkebumian selesai dengan bacaan taklin oleh Imam qariah tersebut. Saudara mara beredar meninggalkan kawasan tersebut. Hanya 3-4 orang anak2 dan adik2 arwah menemani pusaranya beberapa jam. Apabila mereka meninggalkan pusara tersebut sejauh 7 langkah, maka bermulalah tugas malaikat Mungkar dan Nangkir membuat perhitungan. Ya Allah, cucurilah ramhatMu ke atas rohnya..
Kubur sesungguhnya menyimpan pelbagai rahsia. Lebih menginsafkan, kadangkala ia dipertontonkan Allah kepada kita dengan pelbagai cara dan bermacam-macam peristiwa. Ada yang menakutkan, tetapi ada juga yang menyeronokkan.
Sebagai orang yang paling akrab dengan perkuburan, setiap penggali kubur menyimpan rahsia mereka sendiri. Kebanyakkan mereka telah menyaksikan bermacam-macam kejadian aneh yang tidak terjangkau oleh akal logik. Alangkah bertuahnya mereka dapat menyaksikan bukti-bukti kebesaran janji Allah.
Bagaimanapun, apa yang disaksikan berlaku pada mayat dan kubur bukan semuanya seksaan Allah kepada jenazah. Ada kalanya perkara-perkara aneh yang berlaku itu adalah untuk mengajaran kepada manusia yang masih hidup.
Dalam kitab Al-Safinah al-Makhirah Ila Al-Barzakh ada disebutkan bahawa apa sahaja yang berlaku ke atas mayat dan di dalam liang lahad adalah satu misteri. Ia bertujuan memberi iktibar kepada keluarga si mati serta manusia yang masih hidup. Terimalah ia sebagai tarbiah dan bukan dengan kegerunan serta syak wasangka.
Satu hari nanti janji Allah akan memanggil kita cuma masa dan tempatnya sahaja yang tidak kita ketahui.Sesunggunya janji Allah adalah benar dan mati itu adalah benar.marilah kita menginsafinya dan bertaubat sebelum terlambat.Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Allahyarham dan menempatkannya bersama kalangan orang-orang yang beriman dan mukmin.AMIN
Saturday, July 3, 2010
SIAPA IBLIS aka SYAITAN??/

Biodata sang iblis ni diamblil dari blog ustaz nor amin untuk tatapan dan pedoman kita bersama..
IBLIS LAKNATULLAH
T.Kelahiran :
Bermula dari keengganannya sujud kepada Nabi Adam a.s
Status diri :
Fasik kelas pertama
Agama :
Kufur
Tempat Tinggal :
Hati-hati mereka yang lalai
Alamat Tetap :
Neraka jahanam
Kawasan :
Setiap tempat yang di dalamnya tiada usaha untuk mengingati Allah
Arah perjalanan :
Tiada haluan dan bengkang bengkok
Isteri :
Setiap wanita yang tidak menutup aurat, tidak mentaati Allah,Rasul dan suaminya
Suami :
Sama seperti sifat yang dilakukan oleh isteri…
Kaum kerabat :
Semua golongan yang menentang dan memusuhi Allah
Modal pusingan :
Angan angan kosong
Tempat pertemuan :
Pasar pasar
Musuh ketat :
Setiap orang Islam yang beriman dan bertakwa
Motto kerja :
'Hipokrasi asas akhlak'
Hobi :
Melalaikan orang dari mengingati Allah, menggoda dan menyesatkannya
Cita cita :
Supaya semua makhluk di muka bumi ini menjadi kafir
Kelemahannya :
Bila orang membaca istighfar
Logo :
Sebarang tatu
Pejabat operasi :
Tandas.bilik air, tempat yang bernajis dan kotor serta tempat tempat maksiat
Rakan kongsi :
Golongan munafik serta syaitan-syaitan dari kalangan jin dan manusia
Sumber pendapatan :
Segala harta yang diperoleh dengan jalan haram dan riba
Jenis perkhidmatan :
Menggalakkan manusia mengerjakan kemungkaran dan derhaka terhadap Allah
Tempoh perkhidmatan :
Sehingga hari khiamat
Matlamat :
Membawa setiap makhluk ke neraka jahanam
Teman sejawat :
Orang yang suka mendiamkan dirinya dari menyatakan kebenaran
Ganjaran :
Dosa dan kemurkaan Allah
Pembantu setia :
Orang yang suka mengumpat, mencaci, memaki hamun, menghasut, pendengki dan pendendam
Makanan kegemaran :
Daging orang mati dan segala najis dan kotoran
Yang ditakuti :
Orang mukmin yang bertakwa
Yang dibenci :
Orang yang sentiasa berzikir dan mengingati Allah
Alat perangkap :
Wanita cantik,model,pelacur.pragawati,dan sebagainya
Saat ajal :
Bila tiba waktu yang ditentukan Allah di hari kiamat kelak
Tugas yang paling disukai :
Homoseks dan lesbian
Janji janji :
Janji kosong,angan angan dan tipu daya
Yang membuatnya menangis :
Bila orang sujud kepada Allah
Terima kasih ustaz..atas ilmu yang dikongsi....
Thursday, July 1, 2010
Any Good Idea of Centralized Management?
Wasting time! Yes it is. When it come to the urgent implementation, but the decision is still on the way. Time is gold.
Wednesday, June 30, 2010
Wednesday, June 23, 2010
21 PEDOMAN BUAT ISTERI
1. Terima Lelaki agar Dia Menerima Anda.
Mungkin tiada perkataan yang lebih sesuai untuk menyatakan ini selain dari ‘Terimalah lelaki sebagai sediakala”. Terima dia sebagai lelaki. Yang penting untuk anda mengetahui ialah mengenai lelaki, bukan mengubah lelaki. Jika anda mahu mengubah personaliti lelaki yang menjadi kekasih anda atau suami anda, dia mungkin akan menjadi insan yang lain, yang mungkin tidak anda sukai, dan tidak menyukai anda.
2. Fahamilah Lelaki Agar Dia Memahami.
Anda Cuba memahami perangai sedia ada pada seorang lelaki dan menyesuaikan perangai itu dengan diri anda, adalah lebih baik dari cuba mengubahnya dan beranggapan bahawa ianya tidak sesuai dengan anda. Asalkan perangai itu tidak bertentangan dengan kehendak agama dan kesopanan budaya. Dengan cara itu lelaki akan cuba memahami anda dan menyesuaikan dirinya dengan diri anda.
3. Berubah Untuk Menikmati Perubahan.
Sekiranya anda mahu mengubah perangai lelaki, malah perangai sesiapa pun, anda tidak akan mampu berbuat demikian. Kerana insan itu sendirilah yang akan mengubah perangainya jika dia mahu. Anda cuma boleh memujuk dan mempengaruhinya agar berpihak kepada anda. Anda sendiri perlulah sanggup berubah kepada perangai
yang lebih baik untuk membolehkan seseorang lelaki berubah memperbaiki dirinya.
4. Sanggup Memberi Untuk Menerima
Di atas segala-galanya, apa yang penting untuk anda lakukan ialah sanggup memberi lebih banyak dari yang anda sanggup terima dari seorang lelaki. Dengan itu, anda mungkin akan menerima lebih banyak dari yang sanggup anda beri.
5. Percaya Untuk Dipercayai
Sekiranya anda tidak mempercayai lelaki, janganlah anda harapkan lelaki itu percaya kepada anda. Hidup ini meminta pada yang ada, merajuk pada yang sayang. Untuk membuat orang lain percaya kepada anda bukanlah perkara mudah, bagi menyebabkan orang lain tidak percaya pada anda bukanlah payah. Apabila dia sudah tidak percayakan anda, amat sukar pula untuk dia mengubah pendiriannya.
6. Menangkan Lelaki Untuk Menang
Mengenal lelaki bukanlah untuk mengalahkan lelaki, kerana dalam kehidupan suami isteri, sepatutnya sama-sama menang dalam semua aspek kehidupan. Dalam satu perkahwinan ada dua kuasa, pertama kuasa suami, kedua kuasa isteri. Kuasa suami adalah memulakan dan meyuarakan. Kuasa isteri adalah sama ada bersetuju atau tidak. Sekiranya kedua-duanya menyalahgunakan kuasa, maka rumahtangga akan menjadi porak-peranda. dari itu rujuklah kepada agama untuk menghalusi apakah yang boleh dilakukan dan apakah yang dilarang.
7. Sifat Negatif Membuahkan Kesan Negatif
Ramai wanita yang mencabar dan celupar terhadap suaminya. Ramai juga yang bersifat pendesak, terlalu banyak meminta, merendah-rendahkan suaminya, membandingkan suaminya dengan lelaki lain, dan memaki hamun suaminya. Sekiranya anda bersifat sedemikian, walau bagaimana kenalpun anda kepada suami anda, anda bukanlah seorang wanita yang bijak. Andalah yang mungkin menjadi sebab mengapa suami anda merasa tertekan, tidak selesa, banyak berdiam diri, selalu masam muka dan sebagainya lagi yang tidak menyenangkan diri anda. Andalah yang patut berubah.
8. Bertanggungjawab Akan Menikmati Kesan Tanggungjawab
Sebenarnya tanggungjawab wanita terhadap suaminya tidak akan berubah walaupun dunia ini menjadi semakin maju. Begitulah juga tanggungjawab suami kepada isterinya. Selagi anda menjalankan tanggungjawab anda dengan sempurna sebagaimana yang digariskan oleh agama, anda tidak perlu risau apa pun. Allah akan menempatkan anda dipihak yang benar, dan anda tidak
akan rugi apa-apa.
9. Kritikan Akan Membuahkan Kritikan
Kritikan merbahaya kerana ia menjadikan lelaki itu defensif dan sedaya upaya ingin mempertahankan dirinya. Ia bahaya kerana melukakan nilai diri lelaki., menjejaskan rasa kepentingan dirinya, dan menyebabkan dia rasa kecewa kepada anda
dan mungkin akan mengkritik anda pula.
10. Beri Lelaki Apa Yang Dia Mahu
Dia akan melakukan apa sahaja untuk anda dan memberi apa yang anda mahu. Ada dua perkara besar yang dimahukan oleh manusia iaitu (1) Kehendak Seks dan (2) Kehendak untuk menjadi penting. Setiap orang dewasa mahukan kesihatan, makan, tidur, wang, kepuasan seks, anak-anak yang terjaga, rasa dipentingkan dan hidup yang bahagia dunia akhirat. Berilah lelaki apa yang dia mahu dan apa yang boleh anda berikan.
11. Tunjukkan Minat Tulen Terhadap Lelaki
Dia akan menunjukkan minat terhadap anda. Dengar apa yang ingin dikatakannya, walaupun ianya tentang dirinya sendiri atau mengenai kerjanya, ataupun kesukaannya. Lebih berminat anda padanya, maka lebih berminatlah dia kepada anda.
12. Senyuman Itu Tanda Kasih Yang Tidak Perlu Dibayar
Anda tidak perlu membayar apa-apa utnuk senyum pada lelaki yang anda kasihi. Dia akan senyum kembali pada anda. Betapa nikmatnya senyuman yang dilemparkan kepada anda itu, begitu jugalah nikmat yang dirasanya apabila anda senyum padanya. Senyuman menyebabkan lelaki suka pada anda.
13. Panggilah Lelaki Dengan Panggilan Manja
Sebagaimana anda mahukan lelaki memanggil anda dengan nama yang baik dan nada yang lembut, begitulah pula lelaki. Dia mahukan anda memanggilnya dengan lembut, merdu dan manja, sesuai dengan sifat anda sebagai wanita.
14. Hormati Dia Sebagai Lelaki
Dia akan menghormati anda sebagai wanita. Jika anda berusaha untuk memahami sikapnya dan bertolak-ansur dengannya, dia juga akan melakukan perkara yang sama terhadap anda. Wanita patut menghormati lelaki yang menjadi suaminya, dan memberi penghormatan tidak akan merendahkan kehormatan diri sendiri, malah menjadikan diri lebih terhormat.
15. Dengarlah Dengan Baik
Antara masalah besar dalam rumahtangga ialah apabila masing-masing suami isteri tidak mahu berbincang secara terbuka. Dengarlah dengan baik apa yang diperkatakan oleh lelaki, nescaya dia akan mendengar pula apa yang ingin anda katakan.
16. Bercakaplah Tentang Apa Yang Disukai Lelaki
Lelaki tidak suka mendengar celoteh wanita, mengenai hal-hal remeh-temeh yang biasanya diceritakan oleh wanita kepada wanita. Lebih baik bercakap perkara yang menjadi kesukaannya dan berkaitan dengan minat anda untuk membantu kerjayanya atau membantu mempertingkatkan ekonomi rumahtangga.
17. Katakanlah Bahawa Dia Penting Dalam Hidup Anda
Dia akan menganggap anda penting dalam hidupnya. Antara kesilapan wanita ialah suka merendah-rendahkan suaminya, atau menganggap bahawa sekiranya perceraian berlaku, ramai lelaki yang lebih baik seikapnya dan sifatnya yang sanggup menjadi suami. Mungkin begitu jugalah suami anda berfikir mengenai anda.
18. Jangan Katakan Penyesalan Mengahwininya
Apabila anda menyatakan penyesalan mengahwini suami, suami anda akan menyesal mengahwini anda, walaupun dia tidak menyatakannya. Menyatakan penyesalan berkahwin menunjukkan pendeknya akal anda dan lemahnya anda dalam menghadapi dugaan hidup. Sepatutnya anda berusaha untuk merasa gembira mengahwini suami anda.
19. Elakkan Pergaduhan
Ada wanita yang menunggu-nunggu saat suaminya menegurnya atau menasihatkannya, kerana dia sudah sedia dengan peluru-peluru tohmah dan kejian serta airmatanya. Untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berkaitan rumahtangga, elakkan pergaduhan, dan janganlah anda pula yang memulakannya.
20. Jangan Menyalahkan, Minta Maaf Bila Bersalah
Sekiranya anda sukar meminta maaf atas kesalahan anda, dan sebaliknya amat suka mencari kesalahan lelaki, dia akan menganggap bahawa anda adalah seorang yang keras kepala dan keras hati, sukar dibentuk. Lebih buruk lagi dia mungkin merasa bahawa dia telah gagal membentuk diri anda sebagai isterinya, dan mungkin bersebab dari itu, dia cuba mencari jalan
keluar.
21. Hidup Bukan Hanya Di Dunia
Banyak masalah timbul kerana manusia biasanya bertindak dengan akal yang sempit dan tindakannya berbentuk keduniaan. Kejayaan anda di akhirat adalah bergantung kepada betapa baiknya anda kepada suami anda dan betapa bereskah tanggungjawab anda terhadapnya.
Sunday, June 20, 2010
It's All About The Dinner @ Kopi Kampung Cafe
Saturday, June 19, 2010
Pentingkah Untuk Berhias?
Tadi hubby bawak saya n adib makan di restoran tepi sungai untuk melayan selera Adib. Tapi tetap gagal. Sampai je kat situ, dia sibuk pulak nak feed ikan dalam sungai n tunggu buaya timbul. Uishh payah sungguh budak cakap pandai ni.
Sedang sibuk menyuap nasik, tetiba hubby bersuara, ishh kesian suami dia, isteri dia dressing macam nenek umoq 70 tahun. Agak terkedu, tapi malas nak tunjuk. Sebelum ni dia tak pernah commen bab2 dressing org lain. Comment dressing isteri sendiri ada la. Kalau warna tak match, baju tak sesuai or apa2.. dia memang tegur directly. Lepas makan, saya pun menoleh untuk melihat sasaran yg dimaksudkan. Emmm hati mengangguk setuju. Tapi mulut tetap kelu untuk membuat sebarang kenyataan. Masa suami perempuan tu melintasi kami untuk membasuh tangan di sinki, saya perhatikan dia. Segak, bergaya lelaki tersebut. My hubby pulak menambah.." Suami bergaya, tapi kesian... Kalau mcm tu selalu, lama2 nanti suami pun segan nak bersiap. Rugi sebab umur muda lg, tp dah act mcm org berumur.." hehe betoi jugak..Jadi pengajarannya.. Berhiaslah untuk suami!
Do u know why I am shutting up my mouth while he is commenting on that woman? I felt a bit embarrassing because sometimes I did not dress up properly and touch up nicely when we hanging out together with my kids. My reason is... no time. I have to look after my kids first, then get ready for my self since he is waiting outside(bz angkut barang n polishing his car). Pressured me to do in hurry. Oh baru 2 orang anak.. dah tak sempat nak touch up. But dear, I always bear in mind, I will do my best for you.Make my husband proud of me! Yesterday, I read the article bout "The Happiness in Marriage". Stated that.."if matter will make your husband happy and bring happiness to your home. Feelings of difficulty will pass if you are patient and get used to it. It turn to joy when you see the effect that your way of dressing has on him..."
"Try to change or nothing ever will"
King of the King and Touchdown Jesus Struck by Lightning
Monday, June 14, 2010
Mari Memasak Puding Tapai Ubi
Kemarin ada kenduri jiran sebelah umah.. Man yg bertemu jodoh dgn org Pantai Timur..Selamat Pengantin Baru di ucapkan. Semoga bahagia hingga akhir hayat.. Bukan nak cerita pasai pengantin, tapi makanan yang dihidangkan buat para tetamu. Fuhh semuanya sedap..! Yang menarik perhatian ialah Tapai Ubi. Kalau dilihat pada zahirnya emm memang agak tak berapa boleh telan, tapi, bila rasa sikit, okk la jugak. Kalau tak salah, tapai ubi ni famous belah pantai timur.. bila terpandang tapai ubi ni..tetiba teringat resepi Puding Tapai Ubi yang pernah dibaca daripada blog2 pencinta masakan ni.. Jadi, dengan tak malunya, 2 bungkus tapai ubi dibungkus untuk dibawa balik dengan izin tuan rumah. Maka bermulalah episod experimenting Puding Tapai Ubi @ home..
Semalah ajak hubby pi Tesco beli bebahan..Semangat sungguh nih!!!! Pagi tadi, bangun tidur, terus masuk dapur, keluarkan lauk2 untuk masak tengahari. Antaranya smoked beef yg dibeli di gudang frozen food di Ara Damansara, daging kambing dan ikan pari..Lepas siap masak.. baru boleh proceed dengan mu experiment. So sesiapa yg berminat, boleh cuba resepi ni..
Bahan2:
Tapai ubi 5 ketulfresh milk 400ml
3 camca tepung jagung
gula ( agak2 manis dalam 1/2 cawan)
satu biji telur ayam .
perisa pandan
cara2:
Semua bahan di atas di masukkan ke dalam blender dan blend sehingga halus. Pastikan tapai ubi dibuangkan empulurnya dibahagian tengah.Kemudian masukkan ke dalam loyang dan kukus sehingga masak.
Kuah:
Susu cair 1/2 tin
air 1/4 cawan
gulavanila essen
didihkan semua bahan untuk kuah selama beberapa minit. Tutup api dan biarkan sejuk. Kedua2 puding dan kuahnya disimpan ke dalam peti sejuk.
Hidangkan bersama buah2an koktail.
Friday, June 4, 2010
AKTIVITI CUTI SEKOLAH
Hari ni ada orang masuk homestay. Family from Singapore. Segalanya dah ready..tinggal nak tunggu dia sampai jer. Seperkara lagi yang saya suka tentang cuti ni ialah..pendapatanku bertambah.Homestay boleh dikatakan hari2 ada orang. Alhamdulillah..rezeki untuk anak2. Bercadang nak bawa anak2 jejalan kat KL and Cameron cuti ni. Lama subgguh tak bercuti sekeluarga. Adib mesti suka..sebab dia memang mewarisi hobi mamanya-traveling! Bukat takat Adib saja, adik pun dah ada menunjukkan ciri2 yang sama. Hehe jenuh la daddy bawa kami jejalan. Kami maybe nak stay kat KL for a week, pastu kena balik sebab saya kena bertugas di sekolah.
Minggu kedua cuti ni ada kem motivasi dan teknik menjawab soalan PMR SPM. If I was not appointed as a treasurer of the programme, for sure la tak jenguk langsung ke SMAD. Sebab saya ni bukan type yang suka buat2 rajin sangat. Ala kadar jer..huhu.. Kalau diamanahkan, sudah pastinya tugas tu akan dipikul sepenuh hati dan kalau disuka relakan..pastinya saya akan buat bila saya suka dengan hati yang rela.. Kalau tak perlu ambik tau, saya akan buat don't know... Niat mesti betoi..kan?
Satu lagi aktiviti wajib musim cuti sekolah ialah makan kenduri. Banyak jugak jemputan kenduri yang diterima. Insyaallah saya akan berusaha untuk menghadiri jemputan2 tu.
oklah..kepada guru2 dan pelajar2 selamat bercuti!!!
Wednesday, June 2, 2010
GAZA OH GAZA...
Yang tak happynya....2-3 hari lepas kita digemparkan dengan serangan ke atas kapal Turki, 'Mavi Marmara' yang ketika itu dalam pelayaran misi kemanusiaan Lifeline for Gaza. Rakyat Malaysia juga turut terlibat. Satu lagi publisiti murahan daripada rejim zionis untuk memarakkan lagi kemarahan umat Islam khususnya. Kononya tindakan tersebut untuk menghalang mereka daripada memberi bantuan kepada pengganas. Persoalannya, sipakah pengganas? Rakyat Palestin yang hanya bersenjatakan batu, atau tentera Israel dengan roket dan kereta kebal berteknologi tinggi yang didermakan oleh kawan baik regim itu..tidak lain lagi A.S. Tak cukup dengan senjata mereka menggunakan munisi fosforus putih iaitu sejenis bom yang telah dilepaskan di tempat2 awam yang mempunyai kepadatan penduduk yg tinggi dan paling menyahat hati.. bom ini dilepaskan di kawasan hospital dan tempat simpanan ubat2an PBB. Kesian pesakit2 di situ terpaksa di pindahkan ke tempat lain yg lebih selamat. Dah jatuh ditimpa bom lagi.
Walaupun dunia mengecam mereka sebagai penjenayah, tetapi mengapa tiada siapa berani bangkit untuk mengheret kaum Yahudi ini ke muka pengadilan. Kekadang terfikir jugak.. apa dah jadi dengan PBB? What is the function of PBB Court? Aksi ganas yang dilakukan Israel pada 31 Mei lalu merupakan satu lagi pelanggaran undang-undang antarabangsa yang menuntut PBB menilai dan mengambil tindakan terhadap kekejaman Israel tu.Namun begitulah, regim Israel sentiasa dilindungi oleh sekutunya, selagi itulah kekejaman ini tidak akan berakhir dan keadilan pastinya jauh sekali.
Sebenarnya perpaduan dikalangan negara Islam amatlah penting untuk menundukkan kuasa rejim ini. Walaupun berbeza mazhab atau keturunan..tetapi kita umat Islam seluruhnya disatukan oleh akhidah yang sama. Malangnya, kebanyakan negara2 Islam lebih mengagungkan kuasa besar dari barat sebagai kiblat polik mereka. Sebelum kita menunding jari ke batang hidung orang lain, saya rasa eloklah kita sama2 menjalankan tanggungjawab kita sebagai individu muslim untuk membantu rakyat Palestin yang juga saudara seagama. What should we do? Pray for them,boikot barangan Israel, donate materially or financially, and ..doa..doa..doa...Mudah-mudahan dengan usaha kecil kita ini dapat meringankan beban penderitaan umat Islam di Palestin. Dan Allah memandang kita sebagai Muslim yang telah berusaha untuk membantu saudara-saudaranya...InsyaAllah.
Hanya Engkau yang mampu mengubah Qun menjadi Fayaqun..
Mengizinkan mukjizat..
Membari hadiah..
Menjatuhkan murka..
Semua derita telah tumpah di Palestina
Bercampur asap, debu, puing, darah
Tangis, jerit, lengking,
dan Doa.
Di sana, hidung manusia mencium tanah, menyembahmu
Berharap sang musuh henti berlaku angkara
Berharap sesama Muslim bersatu melawan durjana
Berharap hidup tanpa batu, apalagi peluru
Cuma Engkau yang punya kuasa
Berikan damai
Di Palestina
Hentikan segala murka..
Amin..amin ya Rabb..

Ya Allah, nak edit dan upload gambar ni pun dah jadi terketar2 tangan..dada menahan sebak.. Macamanalah mereka di sana menganggung semua ini..?? Berbeza sungguh dengan anak2 kita.. masa seusia macam ni anak2 kita sedang sibuk dengan Upin dan Ipin, Hagemaru..tapi anak2 Palestin sudah ditanam semangat jihad untuk pertahankan negara tercinta...begitu juga dengan remaja kita yang sedang asyik dengan rancangan realiti tv, dan melayani perasaan dengah penuh syahdu..tetapi remaja Palestin, sudah bangun ke medan perang demi sebuah bumi anbiya' tanpa sedikit perasaan gentar.
Wednesday, May 26, 2010
My Poor Little Adu is Suffering Eczema
What Is Eczema? Eczema (pronounced: ek-zeh-ma) is a group of skin conditions that cause skin to become red, irritated, itchy, and sometimes develop small, fluid-filled bumps that become moist and ooze.
There are many forms of eczema, but atopic (pronounced: ay-tah-pik) eczema is one of the most common and severe. Doctors don't know exactly what causes atopic eczema, also called atopic dermatitis (pronounced: der-muh-tie-tis), but they think it could be a difference in the way a person's immune system reacts to things. Skin allergies may be involved in some forms of eczema.
If you have eczema, you're probably not the only person you know who has it. Eczema isn't contagious like a cold, but most people with eczema have family members with the condition. Researchers think it's inherited or passed through the genes. In general, eczema is fairly common — approximately 1 in 10 people in the world will be affected by it at some point in their lives.
People with eczema also may have asthma and certain allergies, such as hay fever. For some, food allergies (such as allergies to cow's milk, soy, eggs, fish, or wheat) may bring on or worsen eczema. Allergies to animal dander, rough fabrics, and dust may also trigger the condition in some people.
http://kidshealth.org/teen/your_body/skin_stuff/eczema.html#ILMU ITU CAHAYA, JAHIL ITU BAHAYA
Maka patutkah kita berbangga dan sombong dan berasa hebat kiranya kita berjaya dan berkebolehan dalam melaksanakan sesuatu amalan? Kalau kita mampu bangun malam beribadah dan banyak sembahyang sunat hingga kita menjadi abid, siapakah yang hebat? Kita hebatkah atau Allah yang hebat? Tentulah Allah yang hebat kerana Allah telah memberikan kita kemampuan untuk beribadah, kalau kita bersembahyang, berpuasa, menutup aurat, mampu menulis artikel dan sebagainya, apakah itu semua keupayaan kita? Tidak itu semua dengan rahmat dan kasih sayang Allah. Tanpa rahmat dan kasih sayang Allah tentu kita engkar dan sesat seperti orang lain juga.
Ingatlah, pembaca budiman kiranya kita angkuh, riak, ujub dan takabur dengan apa yang ada pada kita, tidak mustahil suatu hari Allah akan tarik balik nikmat-Nya yang dikurniakan kepada kita. Katalah ketika ini kita tergolong ke dalam golongan orang yang berharta, kaya raya, harta melimpah ruah kita pun tidak sedar diri. Kononnya kitalah manusia yang paling mewah dan kaya raya di dunia ini. Hasil dari sifat takabur dan angkuh itu sudah tentu kita menjadi seorang yang kedekut, bakhil, tamak dengan harta, mahu keluarkan sepuluh sen pun untuk membantu anak-anak yatim dan fakir miskin fikir seribu kali.
Harta itu hanya pinjaman Allah, sekelip mata Allah boleh papa kedanakan si kaya yang sombong. Andaikata seseorang itu dikurniakan ilmu kepadanya sehingga dengan ilmunya itu jadilah dia orang terkenal, di sanjung di puja maka mulalah penyakit hati menyerang jantung kalbunya jadilah dia seorang ahli ilmu yang bongkak, rasa diri lebih, lebih bijak dari orang lain, pandangan dan pendapat orang lain semuanya salah, pandangannya sajalah yang tepat dan betul. Golongan ini sungguh tertipu dan rugilah ia kalau ia tidak cepat-cepat bertaubat.
Walaupun kita menjadi seorang alim ulama atau penulis artikel tapi itu semua bukannya membuktikan kehebatan kita, bukan juga kepandaian dan kepintaran kita tetapi itu semua rahmat dan pinjaman dari Allah semata-mata. Itu satu amanah dari Allah, di akhirat kelak Allah akan persoalkan.. ... “Ilmu yang penuh di dalam dadamu wahai hambaku..... ke mana kamu salurkan? Adakah untuk mengajak manusia menyembah Aku atau dengan ilmu itu engkau menyesatkan dirimu juga orang lain?” Alangkah malangnya ketika itu kiranya jawapan demikian kita persembahkan kepada Allah swt (kerana di akhirat nanti tidak boleh lagi kita berbohong dan berselindung apa-apa dari Allah): “Tuhanku, aku gunakan ilmu yang Engkau kurniakan untukku dahulu ke jalan kemurkaan-Mu, dengan ilmu itu kuambil peluang untuk mencari publisiti, cari nama dan kemasyhuran, cari kemewahan, memandang rendah dan hina pada si jahil yang sepatutnya aku yang bertanggungjawab membasmi kejahilan di dada hamba-hamba- Mu, semakin aku lupa pada-Mu, semakin aku ego, sombong dan rasa diriku tuan, malah bila orang lain sesekali buat kesalahan, aku hukum mereka, seolah-olah aku Tuhan.....”
Maka menangislah golongan ahli ilmu yang tertipu dengan ilmunya itu. Menurut Matan Zubat: “Ahli ilmu yang fasik akan dibenci Allah dan akan dihumbankan ke dalam lubuk neraka lebih dahulu daripada orang kafir penyembah berhala.” Wal ‘iyazubillah. Alangkah beruntungnya ketika Allah minta pengakuan dari hambanya di Yaumil Mahsyar kelak kita dapat menjawab sekurang-kurangnya begini: “Wahai Tuhanku, sesungguhnya dengan ilmu yang Engkau kurniakan padaku, kugunakan sebaik-baik penggunaan. Aku mengajak manusia yang jahil ke arah kebenaran, aku menyeru umat manusia agar menyembah-Mu, sujud syukur pada-Mu, aku mengajak manusia beriman pada-Mu, pada Rasul-Mu dan pada hari kemudian, pada syurga dan neraka-Mu, kuajak lagi manusia agar berfikir tentang keagungan dan kehebatan-Mu menjadikan alam yang luas terbentang ini.....” Begitulah jawapan orang yang alim yang terpimpin lagi di kasihi Allah. Semakin berilmu semakin ia rendah diri, semakin ia merasakan dirinya lebih banyak dosa kalau hendak dibandingkan dengan orang lain, seringkali merasakan dirinya tiada apa-apa hanya yang ada seribu kelemahan dan kekurangan. Inilah resmi padi, makin berisi, semakin tunduk ke bawah. Selamatlah golongan ini. Ilmu yang beginilah yang dikatakan membawa cahaya kepada mereka yang berilmu. Ilmu merupakan cahaya yang menerangi hidup seseorang insan yang sedang teraba-raba dalam kegelapan.
Ilmu yang mengajak manusia mengenal dan mentauhidkan Allah. Bukannya ilmu yang semakin didalami semakin ia lupa pada Allah, semakin tinggi ilmunya semakin ia kufur dengan Allah. Tanda ilmu itu tidak berkat, semakin kita menuntut ilmu semakin angkuh dan sombong, samada dengan Allah mahupun sesama manusia. Semakin berilmu semakin rasa diri hebat, tidak langsung merasa hebatnya dan Maha Kuasanya Allah. Semakin menuntut ilmu, penyakit hati semakin tebal bersarang dalam dada seperti sombong, ego, riak, ujub, takabur, merasa diri mulia, memandang rendah pada orang lain dan sebagainya. Andai kata kita tidak sempat bertaubat sedangkan dalam diri kita penuh dengan penyakit-penyakit hati itu, ingatlah tempat yang selayaknya adalah lubuk neraka yang terbawah sekali. Lebih berat lagi para alim ulama yang tidak beramal dengan ilmunya dan tidak menyampaikan ilmu yang ada dalam dadanya pasti akan mendapat laknat Allah. Mereka masuk neraka lebih dulu dari penyembah berhala. Marilah sama-sama kita berdoa agar kita semua menjadi ahli ilmu yang bakal menerangi alam fana ini dengan cahaya ilmu yang kita pelajari.
Sematkan dalam dada dan hati: “Aku akan membasmi kejahilan kerana kejahilan itu bahaya dan bisa menjerumuskan diriku ke neraka dan bisa menghancurkan perpaduan umat Islam di dunia ini.”
Tuesday, May 25, 2010
FACEBOOKING AND BLOGGING DURING WORKING HOUR.. FROM MY POINT OF VIEW
Kalau niat nak blogging untuk menambahkan ilmu pengetahuan.. mengembangkan bakat untuk menulis di samping memberi informasi kepada orang lain, apa salahnya..asalkan tidak mengganggu our core business which are entering the class dan menyampaikan ilmu secara inverbal. Kan kita digalakkan untuk menulis refleksi?? So this is one of the medium to deliver our brilliant ideas.
Facebooking? Tak salah jugak kalau niat sekadar mengetahui informasi terkini selain memanjangkan silaturrahim yg telah lama terputus. Selain untuk meluahkan rasa tak puas hati..kua..kua..kua..
Be positive man!!! Enjoy your working life. Enjoy seeking for knowledge.. Enjoy everything u do in daily life..They able to prevent high blood pressure..kan..kan..kan???
Sunday, May 23, 2010
SMAD DI HATI
Ehh am I changing my decision to quit?Not quit actually, just going out for the new world.. Emmm won't move even a step of my decision. I am proud to see this school developed on its own way.. My carrier began here and here also am threatening like xxxxx! I did forgive them for their kejahilan dan ketamakkan.. Semoga Allah mengampunkan dosa2 mereka dan keturunan mereka. And forgive me Ya Allah for my wrong perception towards golongan ahli agama hanya kerana perbuatan mereka.
Again..all my friends from SMKA and SMA enjoy their holiday today after celebrating MAIK sports day. But us? I cannot see any purpose of kindness by doing this to us. Please explain to us... jangan biaq orang cakap belakang.
I hope SMAD will aggressively raise from the darkness because i love my students. .. SMAD as I see, have their own potential to grow... We do welcome the new comers to support this.. and hope they will support those who wanna fly away from there...
Saturday, May 22, 2010
Char Kuey Teow

Ramai pulak yang mintak resepi char kuey teow. Adehh tak pasti la resepi ni betoi ke tak..main hentam saja buat. Yg penting rasanya sedap..macam char kuey teow.bahan2..
bawang putih 4 ulas
lada sulah 2 camca
stok ayam 2 - 3 cawan
kuey teow 1/2 bungkus
udang 5-6 ekor
togei dan kucai
sos tiram
kicap lemak manis
cara2nya..
tumis bawang putih dengan lada sulah..
masukkan stok ayam..kemudian sos tiram..
pastu biar mendidih.
Tutup api.
Bila nak makan, baru amik kuey teow ikut suka kuantitinya..masukkan dalam kuali lain dan masukkan kuah tadi. Masak sehingga mendidih dan campurkan toggei dan kicap. Hidangkan panas2.
Selamat mencuba.
RESEPI IKAN PARI BERJINTAN
Kalau sebelum ni, anda selalu membakar ikan pari, kemudian hasilnya ialah isi pari yang keras, liat dan berbau ??? Jom cuba resepi saya. Resepi ni 100% rekaan sendiri yang menjadi hidangan kegemaran keluarga.My hubby and I sangat suka makan ikan pari, especially pari bakar di Kampung Baru, K.L. Alaa yg di gerai Pak Ngah dekat pintu masuk tuuu. Sedap sangat.! Memandangkan kami ni dok di Kedah, jadi tak selalulah bole makan di situ. Once a year pun tak tentu lg.Kalau masa dok sana dulu, boleh dikatakan ada kelapangan masa, mesti lunch di situ. Skarang ni, gerai tu dah tersangatlah maju.. Siap luaskan kawasan sehingga ada dekat2 100 meja kerusi. Seingat saya, dolu2 kat situ ada kurang 10 meja saja. Nak makan pun kena Q. Anyway, tahniah Pak Ngah. Tak silap, pak ngah ni orang Kedah... Cayaa la orang Kedah!!!
Kalau kata nak tiru resepi Pak Ngah pun, tak jugak, sebab rasanya lain langsung. Ni ala2 rekaan kepala otak sendiri untuk menjamu suami tersayang..(heheh up sikit, kot2 dia baca)..
Bahan2nya:
Ikan pari 3 ketul..
Kunyit hidup agak2 besaq ibu jari,
halia( sikit saja)
bawang besar, 2 labu,
serai 3 batang,
jintan manis 1 sudu besar
garam
gula
Cara memasak...
Tumbuk jintan manis, kemudian kisarkan bersama semua bahan2 diatas. Gaul dengan ikan pari. Rebus sehingga ikan pari masak.Jangan lama sangat nanti hancur. Pepandai la agak. Sebelum angkat, perlahantan api, masukkan garam secukup rasa dan lebih kurang 2 sudu gula. Manis sikit baru sedap. Lepas tu panaskan non stik pan, cairkan butter( kalau x dak butter, minyak pun ok), letakkan ketulan pari tadi. Alihkan beberapa kali, sehingga garing. Hidangkan bersama air asam..
Selamat mencuba..
Thursday, May 20, 2010
Ikan Keli Gergasi Sg Mukah
Apa yg anda lihat ialah seekor ikan keli yang tersepit di bawah jambatan di Sg Mukah Sarawak. Subhanallah..besaq sungguh ikan ni... Orang ramai sedang menyaksikan ikan keli ini diangkat dengan menggunakan kren. Dianggarkan berat ikan keli ni ialah 2 tan. Berjuta kali ganda dengan ikan keli biasa. Sanggupkah anda menjadikan ikan keli ini sebagai hidangan..? Ohhh tidak..geli!! Tokei Cina yang menjumpai ikan keli ini menjual isinya dengan harga RM6 sekilo..

Saturday, May 15, 2010
Saturday, May 8, 2010
MOTHER'S DAY
Happy mother's day to everyone...we are mother and we are also a daughter or son of our parent...
This cycle won't last till the end..
So for this opportunity, I would like to wish Happy Mother's Day to my Mom, Supiah bt Zain. There is no one like my mother. No one! I love you a lot and always will. We know that you'll always love us too, you'll always care for us, no matter what the age. Just know no matter what you do, no one will be able to replace you. I love u Mom.Only Allah knows how thankful we are for having a mother like u. Again, I love u mom..today, tomorrow and forever..
To my little son,
Mama proud to have this card from u. Love both of u, adu n adib. Semoga anak2 mama membesar dengan baik dan menjadi anak2 yang soleh dan mendapat keberkatan di dunia dan akhirat..amin
Today is one special day of year,
Let's celebrate!
Happy Mother's Day!
Monday, May 3, 2010
PMS..man should know!!
Did u realize that ur emotion change normally two weeks prior to menstruation is called PMS? I did!!!! It effect everyone around me indeed. Especially my beloved husband. Dialah yg selalu kena..
Actually this symptoms tend to taper off with menstruation and women remain symptom-free until the two weeks or so prior to the next menstrual period. These regularly recurring symptoms from ovulation until menses typify PMS, premenstrual syndrome.The imbalance of hormone like estrogen make we feel "out-of-control", anxious, depressed and having uncontrollable crying spells( really3), the most common complaints is fatigue. But symptoms may vary from month to month and there may even be symptom-free months.Some of the women have physical symptom like headache, weight gain, migraine, fatigue, backache, cramping.....
It is possible for the serious cases to see the doctor for help.
You would suddenly realize that it is PMS on yr first day of menstruation. Is't it?? Then u'll start thinking.."oh..that's y I am shouting all the day.." "getting mad to everybody" Ohh pitty my hubby, my friends and my students...Am sorry...
I believe that PMS can be overcome. By controlling our mind and emotion. Yes, emotion should be controlled. Always.
Sunday, May 2, 2010
BAGAIMANA CARA ANDA BERJALAN???
1. Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah. Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.
2. Jika berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri. Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri,dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.
3. Jika berjalan suka menunduk. Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.
4. Jika berjalan menatap lurus ke depan. Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas.
5. Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri. Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.
6. Jika berjalan badan tampak tegak. Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.
7. Jika berjalan seperti zirafah. Maksudnya, ketika melangkahkan kaki ,badannya ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.
Monday, April 26, 2010
CARA MENGATASI PERASAAN MARAH
Salah satu cara lagi ialah dengan membisikkan kepada diri sendiri dan katakan mengapa aku mesti marah ? Apa untungnya aku marah ?
Orang yang marah sebenamya mempamerkan kebodohannya . , jadi mulai hari ini, tanamkan sikap untukmenahan rasa marah dan cuba senyum dengan senyuman paling manis biarpun hati sedang mendidih dengan kemarahan.
Cubalah berjenaka dan anggap masalah itu cuma hiburan . Jangan begitu serius semasa bekerja(terlampau memikirkan kerja sehingga sukar memahami orang lain) kerana ini akan menyebabkan anda sering tertekan.. Dengan itu sikap yang sebegitu keras akan menekankan perasaan orang. Sekaligus menjauhkan orang lain dari kita dan itu akan mengundang tekanan dalam diri. Kurangkan aktiviti yang menekan minda , carilah perbualan yang positif dan jangan cuba berbual perkara yang negatif seperti mengumpat orang, menyebarkan fitnah dan lain-lain. Ini kerana berita-berita kosong akan menyakitkan minda dan jiwa seterusnya akan meletuskan rasa amarah yang teramat.
*Kalau rasa tertekan dengan kerja, cubalah bertenang , rehatkan minda seketika dan cuba buat sesuatu contohnya melukis, menulis dan lain-lain, tapi jangan pula ambil kesempatan sehingga mengabaikan tugas kita yang sebenarnya.
Nafsu yg Degil
Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah."
Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau."
Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."
Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."
Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."
Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa.
Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.
Wallahualam..
Sunday, April 25, 2010
OH MY FARM VILLE
This FV application is crazy or am I crazy playing this game...? I've decided to retire for sooo many time..but it doesn't work. Am I addicted? Everyday when I met people in FB or at my working place, the conversation would be"which crops to plant, how to plan them, how to maximize our income , how to get more farmville cash and coins and so much more…
Wow! almost a year I'm playing this game with my relatives and friends...Very enjoyable. Introduced by my sis in law..starting with 6-8 plots of land( cannot remember) ,with a few of coins, officially I am becoming a mutual farmer. Planting, harvesting n plowing...everyday.. GREAT MUTUAL FARMER!
Now, am slowly plowing..and a few day later planting..and a week later harvesting the withered crops..


Saturday, April 24, 2010
PETUA IMAM SYAFIE
4 PERKARA UNTUK SIHAT
Empat perkara menguatkan badan
1. Makan daging
2. Memakai haruman
3. Kerap mandi
4.Berpakaian dari kapas
Empat perkara melemahkan badan
1. Banyak berkelamin (bersetubuh)
2. Selalu cemas
3. Banyak minum air ketika makan
4. Banyak makan bahan yang masam
Empat perkara menajamkan Mata
1. Duduk mengadap kiblat
2. Bercelak sebelum tidur
3. Memandang yang hijau
4. Berpakaian bersih
Empat perkara merosakkan Mata
1. Memandang najis
2. Melihat orang dibunuh
3. Melihat kemaluan
4. Membelakangi kiblat
Empat perkara menajamkan fikiran
1. Tidak banyak berbual kosong
2. Rajin bersugi (gosok gigi)
3. Bercakap dengan orang soleh
4.. Bergaul dengan para ulama
4 CARA TIDUR
1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit Dan
Bumi.
2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat
Malam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak
Dimakan.
4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.
SEORANG DOKTOR NEUROLOGI MENEMUI KEAJAIBAN ALLAH .........
.........................................................................................................................................
'Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran.
Dia adalah seorang Doktor Neurologi .
Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam Dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan 'Perubatan Melalui Al-Qur'an' .
Kajian perubatan melalui Al-Qur'an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur'an.. Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) Dan sebagainy a.
Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam,
Maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah . Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal.
Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati Bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan Sembahyang!!!
Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk Beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam.......Begitulah keagungan ciptaan Allah!!!
Tidak menunaikan sembahyang , akan otaknya tidak Akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal!!!
Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini.'
Semangat baru
24 hrs a day is not enough..! Ahhh alasan lagi..
Sebelum masuk ke alam kuliah this coming July.. I have to read and write as much as I can..and gegarkan otak yg ala2 dah agak pejal tapi belum beku ni..
Friday, April 23, 2010
ALL ABOUT DIET
Last year am able to lose 23 kgs within 5 months. A very drastic change of my body inches...also need drastic budget too! To tailor the new baju kurung and blouses..
however, it is amaizing!! I'm very satisfied with my effort. There are many way can help you reach your goal weight in a healthy and effective manner. The most important thing is healthy living.
Even though my crazy diet plan was criticized, but I believed I know myself than others. By taking only 500 cal everyday for the first 10 days... am able to lose 5 kg. After 10 days, I manage to increase the calories taken: up to 850 cal..and maintain for 5 weeks. I took lots of supplement like garlic, prime rose oil, multi Vite, spirulina..Finally, maintain 1000 cal everyday until I found myself getting pregnant for my second bby. Again.... the same episode will begin.
Huhhh...I've feed my body fat up to 30kgs during my pragnancy..and sucessfully lost 20kgs after childbirth..now? i need to cut off another 10kg of fat from my body. I've to set up my mind..strengthen my spirit, close my big appetite. I don't believe on drug or any slimming product. But I believe on lipo suction..huhu..the fastest way of losing fat! But it still have the long term effect. so better go for the natural remedy.
Good Luck for myself!!







