Jumaat, 4 Jun 2010..hari pertama bermulanya cuti pertengahan penggal. Rasa nak melompat mcm budak2. Best giloo cuti! Dapat menghabiskan masa dengan si kecil yang montel dan abangnya yg kurus kering! Love both of u..
Hari ni ada orang masuk homestay. Family from Singapore. Segalanya dah ready..tinggal nak tunggu dia sampai jer. Seperkara lagi yang saya suka tentang cuti ni ialah..pendapatanku bertambah.Homestay boleh dikatakan hari2 ada orang. Alhamdulillah..rezeki untuk anak2. Bercadang nak bawa anak2 jejalan kat KL and Cameron cuti ni. Lama subgguh tak bercuti sekeluarga. Adib mesti suka..sebab dia memang mewarisi hobi mamanya-traveling! Bukat takat Adib saja, adik pun dah ada menunjukkan ciri2 yang sama. Hehe jenuh la daddy bawa kami jejalan. Kami maybe nak stay kat KL for a week, pastu kena balik sebab saya kena bertugas di sekolah.
Minggu kedua cuti ni ada kem motivasi dan teknik menjawab soalan PMR SPM. If I was not appointed as a treasurer of the programme, for sure la tak jenguk langsung ke SMAD. Sebab saya ni bukan type yang suka buat2 rajin sangat. Ala kadar jer..huhu.. Kalau diamanahkan, sudah pastinya tugas tu akan dipikul sepenuh hati dan kalau disuka relakan..pastinya saya akan buat bila saya suka dengan hati yang rela.. Kalau tak perlu ambik tau, saya akan buat don't know... Niat mesti betoi..kan?
Satu lagi aktiviti wajib musim cuti sekolah ialah makan kenduri. Banyak jugak jemputan kenduri yang diterima. Insyaallah saya akan berusaha untuk menghadiri jemputan2 tu.
oklah..kepada guru2 dan pelajar2 selamat bercuti!!!



No comments:
Post a Comment