JOM JOINT DI SINI

Showing posts with label Bahan Bacaan. Show all posts
Showing posts with label Bahan Bacaan. Show all posts

Saturday, July 3, 2010

SIAPA IBLIS aka SYAITAN??/


Biodata sang iblis ni diamblil dari blog ustaz nor amin untuk tatapan dan pedoman kita bersama..


Nama :
IBLIS LAKNATULLAH

T.Kelahiran :
Bermula dari keengganannya sujud kepada Nabi Adam a.s

Status diri :
Fasik kelas pertama

Agama :
Kufur

Tempat Tinggal :
Hati-hati mereka yang lalai

Alamat Tetap :
Neraka jahanam

Kawasan :
Setiap tempat yang di dalamnya tiada usaha untuk mengingati Allah

Arah perjalanan :
Tiada haluan dan bengkang bengkok

Isteri :
Setiap wanita yang tidak menutup aurat, tidak mentaati Allah,Rasul dan suaminya

Suami :
Sama seperti sifat yang dilakukan oleh isteri…

Kaum kerabat :
Semua golongan yang menentang dan memusuhi Allah

Modal pusingan :
Angan angan kosong

Tempat pertemuan :
Pasar pasar

Musuh ketat :
Setiap orang Islam yang beriman dan bertakwa

Motto kerja :
'Hipokrasi asas akhlak'

Hobi :
Melalaikan orang dari mengingati Allah, menggoda dan menyesatkannya

Cita cita :
Supaya semua makhluk di muka bumi ini menjadi kafir

Kelemahannya :
Bila orang membaca istighfar

Logo :
Sebarang tatu

Pejabat operasi :
Tandas.bilik air, tempat yang bernajis dan kotor serta tempat tempat maksiat

Rakan kongsi :
Golongan munafik serta syaitan-syaitan dari kalangan jin dan manusia

Sumber pendapatan :
Segala harta yang diperoleh dengan jalan haram dan riba

Jenis perkhidmatan :
Menggalakkan manusia mengerjakan kemungkaran dan derhaka terhadap Allah

Tempoh perkhidmatan :
Sehingga hari khiamat

Matlamat :
Membawa setiap makhluk ke neraka jahanam

Teman sejawat :
Orang yang suka mendiamkan dirinya dari menyatakan kebenaran

Ganjaran :
Dosa dan kemurkaan Allah

Pembantu setia :
Orang yang suka mengumpat, mencaci, memaki hamun, menghasut, pendengki dan pendendam

Makanan kegemaran :
Daging orang mati dan segala najis dan kotoran

Yang ditakuti :
Orang mukmin yang bertakwa

Yang dibenci :
Orang yang sentiasa berzikir dan mengingati Allah

Alat perangkap :
Wanita cantik,model,pelacur.pragawati,dan sebagainya

Saat ajal :
Bila tiba waktu yang ditentukan Allah di hari kiamat kelak

Tugas yang paling disukai :
Homoseks dan lesbian

Janji janji :
Janji kosong,angan angan dan tipu daya

Yang membuatnya menangis :
Bila orang sujud kepada Allah


Terima kasih ustaz..atas ilmu yang dikongsi....

Wednesday, June 23, 2010

21 PEDOMAN BUAT ISTERI




1. Terima Lelaki agar Dia Menerima Anda.

Mungkin tiada perkataan yang lebih sesuai untuk menyatakan ini selain dari ‘Terimalah lelaki sebagai sediakala”. Terima dia sebagai lelaki. Yang penting untuk anda mengetahui ialah mengenai lelaki, bukan mengubah lelaki. Jika anda mahu mengubah personaliti lelaki yang menjadi kekasih anda atau suami anda, dia mungkin akan menjadi insan yang lain, yang mungkin tidak anda sukai, dan tidak menyukai anda.

2. Fahamilah Lelaki Agar Dia Memahami.
Anda Cuba memahami perangai sedia ada pada seorang lelaki dan menyesuaikan perangai itu dengan diri anda, adalah lebih baik dari cuba mengubahnya dan beranggapan bahawa ianya tidak sesuai dengan anda. Asalkan perangai itu tidak bertentangan dengan kehendak agama dan kesopanan budaya. Dengan cara itu lelaki akan cuba memahami anda dan menyesuaikan dirinya dengan diri anda.

3. Berubah Untuk Menikmati Perubahan.
Sekiranya anda mahu mengubah perangai lelaki, malah perangai sesiapa pun, anda tidak akan mampu berbuat demikian. Kerana insan itu sendirilah yang akan mengubah perangainya jika dia mahu. Anda cuma boleh memujuk dan mempengaruhinya agar berpihak kepada anda. Anda sendiri perlulah sanggup berubah kepada perangai
yang lebih baik untuk membolehkan seseorang lelaki berubah memperbaiki dirinya.

4. Sanggup Memberi Untuk Menerima
Di atas segala-galanya, apa yang penting untuk anda lakukan ialah sanggup memberi lebih banyak dari yang anda sanggup terima dari seorang lelaki. Dengan itu, anda mungkin akan menerima lebih banyak dari yang sanggup anda beri.

5. Percaya Untuk Dipercayai
Sekiranya anda tidak mempercayai lelaki, janganlah anda harapkan lelaki itu percaya kepada anda. Hidup ini meminta pada yang ada, merajuk pada yang sayang. Untuk membuat orang lain percaya kepada anda bukanlah perkara mudah, bagi menyebabkan orang lain tidak percaya pada anda bukanlah payah. Apabila dia sudah tidak percayakan anda, amat sukar pula untuk dia mengubah pendiriannya.

6. Menangkan Lelaki Untuk Menang
Mengenal lelaki bukanlah untuk mengalahkan lelaki, kerana dalam kehidupan suami isteri, sepatutnya sama-sama menang dalam semua aspek kehidupan. Dalam satu perkahwinan ada dua kuasa, pertama kuasa suami, kedua kuasa isteri. Kuasa suami adalah memulakan dan meyuarakan. Kuasa isteri adalah sama ada bersetuju atau tidak. Sekiranya kedua-duanya menyalahgunakan kuasa, maka rumahtangga akan menjadi porak-peranda. dari itu rujuklah kepada agama untuk menghalusi apakah yang boleh dilakukan dan apakah yang dilarang.

7. Sifat Negatif Membuahkan Kesan Negatif
Ramai wanita yang mencabar dan celupar terhadap suaminya. Ramai juga yang bersifat pendesak, terlalu banyak meminta, merendah-rendahkan suaminya, membandingkan suaminya dengan lelaki lain, dan memaki hamun suaminya. Sekiranya anda bersifat sedemikian, walau bagaimana kenalpun anda kepada suami anda, anda bukanlah seorang wanita yang bijak. Andalah yang mungkin menjadi sebab mengapa suami anda merasa tertekan, tidak selesa, banyak berdiam diri, selalu masam muka dan sebagainya lagi yang tidak menyenangkan diri anda. Andalah yang patut berubah.

8. Bertanggungjawab Akan Menikmati Kesan Tanggungjawab

Sebenarnya tanggungjawab wanita terhadap suaminya tidak akan berubah walaupun dunia ini menjadi semakin maju. Begitulah juga tanggungjawab suami kepada isterinya. Selagi anda menjalankan tanggungjawab anda dengan sempurna sebagaimana yang digariskan oleh agama, anda tidak perlu risau apa pun. Allah akan menempatkan anda dipihak yang benar, dan anda tidak
akan rugi apa-apa.

9. Kritikan Akan Membuahkan Kritikan
Kritikan merbahaya kerana ia menjadikan lelaki itu defensif dan sedaya upaya ingin mempertahankan dirinya. Ia bahaya kerana melukakan nilai diri lelaki., menjejaskan rasa kepentingan dirinya, dan menyebabkan dia rasa kecewa kepada anda
dan mungkin akan mengkritik anda pula.

10. Beri Lelaki Apa Yang Dia Mahu
Dia akan melakukan apa sahaja untuk anda dan memberi apa yang anda mahu. Ada dua perkara besar yang dimahukan oleh manusia iaitu (1) Kehendak Seks dan (2) Kehendak untuk menjadi penting. Setiap orang dewasa mahukan kesihatan, makan, tidur, wang, kepuasan seks, anak-anak yang terjaga, rasa dipentingkan dan hidup yang bahagia dunia akhirat. Berilah lelaki apa yang dia mahu dan apa yang boleh anda berikan.

11. Tunjukkan Minat Tulen Terhadap Lelaki
Dia akan menunjukkan minat terhadap anda. Dengar apa yang ingin dikatakannya, walaupun ianya tentang dirinya sendiri atau mengenai kerjanya, ataupun kesukaannya. Lebih berminat anda padanya, maka lebih berminatlah dia kepada anda.

12. Senyuman Itu Tanda Kasih Yang Tidak Perlu Dibayar
Anda tidak perlu membayar apa-apa utnuk senyum pada lelaki yang anda kasihi. Dia akan senyum kembali pada anda. Betapa nikmatnya senyuman yang dilemparkan kepada anda itu, begitu jugalah nikmat yang dirasanya apabila anda senyum padanya. Senyuman menyebabkan lelaki suka pada anda.

13. Panggilah Lelaki Dengan Panggilan Manja
Sebagaimana anda mahukan lelaki memanggil anda dengan nama yang baik dan nada yang lembut, begitulah pula lelaki. Dia mahukan anda memanggilnya dengan lembut, merdu dan manja, sesuai dengan sifat anda sebagai wanita.

14. Hormati Dia Sebagai Lelaki
Dia akan menghormati anda sebagai wanita. Jika anda berusaha untuk memahami sikapnya dan bertolak-ansur dengannya, dia juga akan melakukan perkara yang sama terhadap anda. Wanita patut menghormati lelaki yang menjadi suaminya, dan memberi penghormatan tidak akan merendahkan kehormatan diri sendiri, malah menjadikan diri lebih terhormat.

15. Dengarlah Dengan Baik
Antara masalah besar dalam rumahtangga ialah apabila masing-masing suami isteri tidak mahu berbincang secara terbuka. Dengarlah dengan baik apa yang diperkatakan oleh lelaki, nescaya dia akan mendengar pula apa yang ingin anda katakan.

16. Bercakaplah Tentang Apa Yang Disukai Lelaki
Lelaki tidak suka mendengar celoteh wanita, mengenai hal-hal remeh-temeh yang biasanya diceritakan oleh wanita kepada wanita. Lebih baik bercakap perkara yang menjadi kesukaannya dan berkaitan dengan minat anda untuk membantu kerjayanya atau membantu mempertingkatkan ekonomi rumahtangga.

17. Katakanlah Bahawa Dia Penting Dalam Hidup Anda
Dia akan menganggap anda penting dalam hidupnya. Antara kesilapan wanita ialah suka merendah-rendahkan suaminya, atau menganggap bahawa sekiranya perceraian berlaku, ramai lelaki yang lebih baik seikapnya dan sifatnya yang sanggup menjadi suami. Mungkin begitu jugalah suami anda berfikir mengenai anda.

18. Jangan Katakan Penyesalan Mengahwininya
Apabila anda menyatakan penyesalan mengahwini suami, suami anda akan menyesal mengahwini anda, walaupun dia tidak menyatakannya. Menyatakan penyesalan berkahwin menunjukkan pendeknya akal anda dan lemahnya anda dalam menghadapi dugaan hidup. Sepatutnya anda berusaha untuk merasa gembira mengahwini suami anda.

19. Elakkan Pergaduhan
Ada wanita yang menunggu-nunggu saat suaminya menegurnya atau menasihatkannya, kerana dia sudah sedia dengan peluru-peluru tohmah dan kejian serta airmatanya. Untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berkaitan rumahtangga, elakkan pergaduhan, dan janganlah anda pula yang memulakannya.

20. Jangan Menyalahkan, Minta Maaf Bila Bersalah
Sekiranya anda sukar meminta maaf atas kesalahan anda, dan sebaliknya amat suka mencari kesalahan lelaki, dia akan menganggap bahawa anda adalah seorang yang keras kepala dan keras hati, sukar dibentuk. Lebih buruk lagi dia mungkin merasa bahawa dia telah gagal membentuk diri anda sebagai isterinya, dan mungkin bersebab dari itu, dia cuba mencari jalan
keluar.

21. Hidup Bukan Hanya Di Dunia
Banyak masalah timbul kerana manusia biasanya bertindak dengan akal yang sempit dan tindakannya berbentuk keduniaan. Kejayaan anda di akhirat adalah bergantung kepada betapa baiknya anda kepada suami anda dan betapa bereskah tanggungjawab anda terhadapnya.









Saturday, June 19, 2010

King of the King and Touchdown Jesus Struck by Lightning

June 14 2010 -The famous 19-meter tall statue of Jesus at the Solid Rock Church near Monroe, Ohio, known as 'King of Kings' and 'Touchdown Jesus', has been destroyed by a fire after being struck by lightning. The metal frame is all that remains of the styrofoam and fiberglass statue.

Wednesday, June 2, 2010

GAZA OH GAZA...

Aduh..jari-jemari ini sudah tidak sabar lagi untuk mencoretkan sesuatu di laman blog ni. Al maklumlah sibuk marking student's x-am scrips yang pelbagai hasil nukilannya. Creative budak2 ni sebenarnya sebab their answer was beyond our thinking and sometimes very funny! Begitulah perihal menjadi guru, apa2 pun am happy!
Yang tak happynya....2-3 hari lepas kita digemparkan dengan serangan ke atas kapal Turki, 'Mavi Marmara' yang ketika itu dalam pelayaran misi kemanusiaan Lifeline for Gaza. Rakyat Malaysia juga turut terlibat. Satu lagi publisiti murahan daripada rejim zionis untuk memarakkan lagi kemarahan umat Islam khususnya. Kononya tindakan tersebut untuk menghalang mereka daripada memberi bantuan kepada pengganas. Persoalannya, sipakah pengganas? Rakyat Palestin yang hanya bersenjatakan batu, atau tentera Israel dengan roket dan kereta kebal berteknologi tinggi yang didermakan oleh kawan baik regim itu..tidak lain lagi A.S. Tak cukup dengan senjata mereka menggunakan munisi fosforus putih iaitu sejenis bom yang telah dilepaskan di tempat2 awam yang mempunyai kepadatan penduduk yg tinggi dan paling menyahat hati.. bom ini dilepaskan di kawasan hospital dan tempat simpanan ubat2an PBB. Kesian pesakit2 di situ terpaksa di pindahkan ke tempat lain yg lebih selamat. Dah jatuh ditimpa bom lagi.

Walaupun dunia mengecam mereka sebagai penjenayah, tetapi mengapa tiada siapa berani bangkit untuk mengheret kaum Yahudi ini ke muka pengadilan. Kekadang terfikir jugak.. apa dah jadi dengan PBB? What is the function of PBB Court? Aksi ganas yang dilakukan Israel pada 31 Mei lalu merupakan satu lagi pelanggaran undang-undang antarabangsa yang menuntut PBB menilai dan mengambil tindakan terhadap kekejaman Israel tu.Namun begitulah, regim Israel sentiasa dilindungi oleh sekutunya, selagi itulah kekejaman ini tidak akan berakhir dan keadilan pastinya jauh sekali.

Sebenarnya perpaduan dikalangan negara Islam amatlah penting untuk menundukkan kuasa rejim ini. Walaupun berbeza mazhab atau keturunan..tetapi kita umat Islam seluruhnya disatukan oleh akhidah yang sama. Malangnya, kebanyakan negara2 Islam lebih mengagungkan kuasa besar dari barat sebagai kiblat polik mereka. Sebelum kita menunding jari ke batang hidung orang lain, saya rasa eloklah kita sama2 menjalankan tanggungjawab kita sebagai individu muslim untuk membantu rakyat Palestin yang juga saudara seagama. What should we do? Pray for them,boikot barangan Israel, donate materially or financially, and ..doa..doa..doa...Mudah-mudahan dengan usaha kecil kita ini dapat meringankan beban penderitaan umat Islam di Palestin. Dan Allah memandang kita sebagai Muslim yang telah berusaha untuk membantu saudara-saudaranya...InsyaAllah.

Ya Rab..

Hanya Engkau yang mampu mengubah Qun menjadi Fayaqun..

Mengizinkan mukjizat..

Membari hadiah..

Menjatuhkan murka..

Semua derita telah tumpah di Palestina

Bercampur asap, debu, puing, darah

Tangis, jerit, lengking,

dan Doa.

Di sana, hidung manusia mencium tanah, menyembahmu

Berharap sang musuh henti berlaku angkara

Berharap sesama Muslim bersatu melawan durjana

Berharap hidup tanpa batu, apalagi peluru

Cuma Engkau yang punya kuasa

Berikan damai

Di Palestina

Hentikan segala murka..

Amin..amin ya Rabb..



Ya Allah, nak edit dan upload gambar ni pun dah jadi terketar2 tangan..dada menahan sebak.. Macamanalah mereka di sana menganggung semua ini..?? Berbeza sungguh dengan anak2 kita.. masa seusia macam ni anak2 kita sedang sibuk dengan Upin dan Ipin, Hagemaru..tapi anak2 Palestin sudah ditanam semangat jihad untuk pertahankan negara tercinta...begitu juga dengan remaja kita yang sedang asyik dengan rancangan realiti tv, dan melayani perasaan dengah penuh syahdu..tetapi remaja Palestin, sudah bangun ke medan perang demi sebuah bumi anbiya' tanpa sedikit perasaan gentar.



Wednesday, May 26, 2010

ILMU ITU CAHAYA, JAHIL ITU BAHAYA

Di akhir zaman ini ramai dari kalangan ahli abid tertipu dengan banyaknya ibadah yang dilakukan. Berlakunya ini semua kerana si ahli abid merasakan setiap ibadah yang dikerjakan tanpa menyandarkan perbuatan dan amalannya itu dengan izin dan rahmat Allah jua. Tanpa keizinan Allah, tanpa rahmat dan kasih sayang Allah serta tanpa kudrat dan Iradah dari Allah swt, kita semua lemah tidak mampu berbuat apa-apa. Kalau tidak Allah izinkan, hendak gerakkan lidah untuk bertutur bicara pun kita tidak akan mampu apatah lagi untuk duduk bangun, rukuk, sujud menyembah Allah swt.
Maka patutkah kita berbangga dan sombong dan berasa hebat kiranya kita berjaya dan berkebolehan dalam melaksanakan sesuatu amalan? Kalau kita mampu bangun malam beribadah dan banyak sembahyang sunat hingga kita menjadi abid, siapakah yang hebat? Kita hebatkah atau Allah yang hebat? Tentulah Allah yang hebat kerana Allah telah memberikan kita kemampuan untuk beribadah, kalau kita bersembahyang, berpuasa, menutup aurat, mampu menulis artikel dan sebagainya, apakah itu semua keupayaan kita? Tidak itu semua dengan rahmat dan kasih sayang Allah. Tanpa rahmat dan kasih sayang Allah tentu kita engkar dan sesat seperti orang lain juga.

Ingatlah, pembaca budiman kiranya kita angkuh, riak, ujub dan takabur dengan apa yang ada pada kita, tidak mustahil suatu hari Allah akan tarik balik nikmat-Nya yang dikurniakan kepada kita. Katalah ketika ini kita tergolong ke dalam golongan orang yang berharta, kaya raya, harta melimpah ruah kita pun tidak sedar diri. Kononnya kitalah manusia yang paling mewah dan kaya raya di dunia ini. Hasil dari sifat takabur dan angkuh itu sudah tentu kita menjadi seorang yang kedekut, bakhil, tamak dengan harta, mahu keluarkan sepuluh sen pun untuk membantu anak-anak yatim dan fakir miskin fikir seribu kali.

Harta itu hanya pinjaman Allah, sekelip mata Allah boleh papa kedanakan si kaya yang sombong. Andaikata seseorang itu dikurniakan ilmu kepadanya sehingga dengan ilmunya itu jadilah dia orang terkenal, di sanjung di puja maka mulalah penyakit hati menyerang jantung kalbunya jadilah dia seorang ahli ilmu yang bongkak, rasa diri lebih, lebih bijak dari orang lain, pandangan dan pendapat orang lain semuanya salah, pandangannya sajalah yang tepat dan betul. Golongan ini sungguh tertipu dan rugilah ia kalau ia tidak cepat-cepat bertaubat.

Walaupun kita menjadi seorang alim ulama atau penulis artikel tapi itu semua bukannya membuktikan kehebatan kita, bukan juga kepandaian dan kepintaran kita tetapi itu semua rahmat dan pinjaman dari Allah semata-mata. Itu satu amanah dari Allah, di akhirat kelak Allah akan persoalkan.. ... “Ilmu yang penuh di dalam dadamu wahai hambaku..... ke mana kamu salurkan? Adakah untuk mengajak manusia menyembah Aku atau dengan ilmu itu engkau menyesatkan dirimu juga orang lain?” Alangkah malangnya ketika itu kiranya jawapan demikian kita persembahkan kepada Allah swt (kerana di akhirat nanti tidak boleh lagi kita berbohong dan berselindung apa-apa dari Allah): “Tuhanku, aku gunakan ilmu yang Engkau kurniakan untukku dahulu ke jalan kemurkaan-Mu, dengan ilmu itu kuambil peluang untuk mencari publisiti, cari nama dan kemasyhuran, cari kemewahan, memandang rendah dan hina pada si jahil yang sepatutnya aku yang bertanggungjawab membasmi kejahilan di dada hamba-hamba- Mu, semakin aku lupa pada-Mu, semakin aku ego, sombong dan rasa diriku tuan, malah bila orang lain sesekali buat kesalahan, aku hukum mereka, seolah-olah aku Tuhan.....”

Maka menangislah golongan ahli ilmu yang tertipu dengan ilmunya itu. Menurut Matan Zubat: “Ahli ilmu yang fasik akan dibenci Allah dan akan dihumbankan ke dalam lubuk neraka lebih dahulu daripada orang kafir penyembah berhala.” Wal ‘iyazubillah. Alangkah beruntungnya ketika Allah minta pengakuan dari hambanya di Yaumil Mahsyar kelak kita dapat menjawab sekurang-kurangnya begini: “Wahai Tuhanku, sesungguhnya dengan ilmu yang Engkau kurniakan padaku, kugunakan sebaik-baik penggunaan. Aku mengajak manusia yang jahil ke arah kebenaran, aku menyeru umat manusia agar menyembah-Mu, sujud syukur pada-Mu, aku mengajak manusia beriman pada-Mu, pada Rasul-Mu dan pada hari kemudian, pada syurga dan neraka-Mu, kuajak lagi manusia agar berfikir tentang keagungan dan kehebatan-Mu menjadikan alam yang luas terbentang ini.....” Begitulah jawapan orang yang alim yang terpimpin lagi di kasihi Allah. Semakin berilmu semakin ia rendah diri, semakin ia merasakan dirinya lebih banyak dosa kalau hendak dibandingkan dengan orang lain, seringkali merasakan dirinya tiada apa-apa hanya yang ada seribu kelemahan dan kekurangan. Inilah resmi padi, makin berisi, semakin tunduk ke bawah. Selamatlah golongan ini. Ilmu yang beginilah yang dikatakan membawa cahaya kepada mereka yang berilmu. Ilmu merupakan cahaya yang menerangi hidup seseorang insan yang sedang teraba-raba dalam kegelapan.

Ilmu yang mengajak manusia mengenal dan mentauhidkan Allah. Bukannya ilmu yang semakin didalami semakin ia lupa pada Allah, semakin tinggi ilmunya semakin ia kufur dengan Allah. Tanda ilmu itu tidak berkat, semakin kita menuntut ilmu semakin angkuh dan sombong, samada dengan Allah mahupun sesama manusia. Semakin berilmu semakin rasa diri hebat, tidak langsung merasa hebatnya dan Maha Kuasanya Allah. Semakin menuntut ilmu, penyakit hati semakin tebal bersarang dalam dada seperti sombong, ego, riak, ujub, takabur, merasa diri mulia, memandang rendah pada orang lain dan sebagainya. Andai kata kita tidak sempat bertaubat sedangkan dalam diri kita penuh dengan penyakit-penyakit hati itu, ingatlah tempat yang selayaknya adalah lubuk neraka yang terbawah sekali. Lebih berat lagi para alim ulama yang tidak beramal dengan ilmunya dan tidak menyampaikan ilmu yang ada dalam dadanya pasti akan mendapat laknat Allah. Mereka masuk neraka lebih dulu dari penyembah berhala. Marilah sama-sama kita berdoa agar kita semua menjadi ahli ilmu yang bakal menerangi alam fana ini dengan cahaya ilmu yang kita pelajari.

Sematkan dalam dada dan hati: “Aku akan membasmi kejahilan kerana kejahilan itu bahaya dan bisa menjerumuskan diriku ke neraka dan bisa menghancurkan perpaduan umat Islam di dunia ini.”


Thursday, May 20, 2010

APA PENDAPAT ANDA???


Ikan Keli Gergasi Sg Mukah

Apa yg anda lihat ialah seekor ikan keli yang tersepit di bawah jambatan di Sg Mukah Sarawak. Subhanallah..besaq sungguh ikan ni... Orang ramai sedang menyaksikan ikan keli ini diangkat dengan menggunakan kren. Dianggarkan berat ikan keli ni ialah 2 tan. Berjuta kali ganda dengan ikan keli biasa. Sanggupkah anda menjadikan ikan keli ini sebagai hidangan..? Ohhh tidak..geli!! Tokei Cina yang menjumpai ikan keli ini menjual isinya dengan harga RM6 sekilo..

Monday, May 3, 2010

PMS..man should know!!

Premenstrual Syndrome!!!

Did u realize that ur emotion change normally
two weeks prior to menstruation is called PMS? I did!!!! It effect everyone around me indeed. Especially my beloved husband. Dialah yg selalu kena..
Actually
this symptoms tend to taper off with menstruation and women remain symptom-free until the two weeks or so prior to the next menstrual period. These regularly recurring symptoms from ovulation until menses typify PMS, premenstrual syndrome.The imbalance of hormone like estrogen make we feel "out-of-control", anxious, depressed and having uncontrollable crying spells( really3), the most common complaints is fatigue. But symptoms may vary from month to month and there may even be symptom-free months.Some of the women have physical symptom like headache, weight gain, migraine, fatigue, backache, cramping.....
It is possible for the serious cases to see the doctor for help.
You would suddenly realize that it is PMS on yr first day of menstruation. Is't it?? Then u'll start thinking.."oh..that's y I am shouting all the day.." "getting mad to everybody" Ohh pitty my hubby, my friends and my students...Am sorry...
I believe that PMS can be overcome. By controlling our mind and emotion. Yes, emotion should be controlled. Always.

Sunday, May 2, 2010

BAGAIMANA CARA ANDA BERJALAN???

1. Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah. Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

2. Jika berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri. Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri,dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

3. Jika berjalan suka menunduk. Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4. Jika berjalan menatap lurus ke depan. Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas.

5. Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri. Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

6. Jika berjalan badan tampak tegak. Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.

7. Jika berjalan seperti zirafah. Maksudnya, ketika melangkahkan kaki ,badannya ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.




Monday, April 26, 2010

CARA MENGATASI PERASAAN MARAH

Cara yang terbaik untuk meredakan kemarahan adalah dengan mengambil wudhu' setiap kali perasaan itu datang. Di samping membaca ayatul Qursi, zikrullah, istighfar serta sentiasa mengingatkan diri bahawa kemarahan itu adalah dari api dan api itu adalah asal kejadian syaitan. Kita harus menutup pintu kemarahan kerana apabila kita marah syaitan akan berpesta dan itulah cara mudah untuk dia mempengaruhi kita. Bermakna orang yang sedang marah adalah dikuasai oleh syaitan. Bagi memadamkannya ia perlukan air. Air wudhu'lah yang harus kita gunakan bagi membanteras sikap mazmumah di dalam diri kita oleh sikap marah melampau.

Salah satu cara lagi ialah dengan membisikkan kepada diri sendiri dan katakan mengapa aku mesti marah ? Apa untungnya aku marah ?
Orang yang marah sebenamya mempamerkan kebodohannya . , jadi mulai hari ini, tanamkan sikap untukmenahan rasa marah dan cuba senyum dengan senyuman paling manis biarpun hati sedang mendidih dengan kemarahan.

Cubalah berjenaka dan anggap masalah itu cuma hiburan . Jangan begitu serius semasa bekerja(terlampau memikirkan kerja sehingga sukar memahami orang lain) kerana ini akan menyebabkan anda sering tertekan.. Dengan itu sikap yang sebegitu keras akan menekankan perasaan orang. Sekaligus menjauhkan orang lain dari kita dan itu akan mengundang tekanan dalam diri. Kurangkan aktiviti yang menekan minda , carilah perbualan yang positif dan jangan cuba berbual perkara yang negatif seperti mengumpat orang, menyebarkan fitnah dan lain-lain. Ini kerana berita-berita kosong akan menyakitkan minda dan jiwa seterusnya akan meletuskan rasa amarah yang teramat.


*Kalau rasa tertekan dengan kerja, cubalah bertenang , rehatkan minda seketika dan cuba buat sesuatu contohnya melukis, menulis dan lain-lain, tapi jangan pula ambil kesempatan sehingga mengabaikan tugas kita yang sebenarnya.

Nafsu yg Degil

Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.

Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah."


Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau."

Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."



Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."

Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."

Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa.

Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.

Wallahualam..

Saturday, April 24, 2010

PETUA IMAM SYAFIE

4 PERKARA UNTUK SIHAT

Empat perkara menguatkan badan

1. Makan daging
2. Memakai haruman
3. Kerap mandi
4.Berpakaian dari kapas


Empat perkara melemahkan badan

1. Banyak berkelamin (bersetubuh)
2. Selalu cemas
3. Banyak minum air ketika makan
4. Banyak makan bahan yang masam


Empat perkara menajamkan
Mata
1. Duduk mengadap kiblat
2. Bercelak sebelum tidur
3. Memandang yang hijau

4. Berpakaian bersih


Empat perkara merosakkan
Mata
1. Memandang najis
2. Melihat orang dibunuh
3. Melihat kemaluan
4. Membelakangi kiblat


Empat perkara menajamkan fikiran

1. Tidak banyak berbual kosong
2. Rajin bersugi (gosok gigi)

3. Bercakap dengan orang soleh

4.. Bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR


1. TIDUR PARA NABI

Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit
Dan
Bumi.


2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH

Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat
Malam.


3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA

Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak

Dimakan.


4. TIDUR SYAITAN

Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

SEORANG DOKTOR NEUROLOGI MENEMUI KEAJAIBAN ALLAH .........

.........................................................................................................................................
'Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran.
Dia adalah seorang Doktor Neurologi .
Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam Dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan 'Perubatan Melalui Al-Qur'an' .
Kajian perubatan melalui Al-Qur'an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur'an.. Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) Dan sebagainy a.
Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam,

Maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah . Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal.
Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati Bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan Sembahyang!!!
Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk Beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam.......Begitulah keagungan ciptaan Allah!!!
Tidak menunaikan sembahyang , akan otaknya tidak Akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal!!!
Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini.'


Wallahualam..