JOM JOINT DI SINI

Wednesday, June 23, 2010

21 PEDOMAN BUAT ISTERI




1. Terima Lelaki agar Dia Menerima Anda.

Mungkin tiada perkataan yang lebih sesuai untuk menyatakan ini selain dari ‘Terimalah lelaki sebagai sediakala”. Terima dia sebagai lelaki. Yang penting untuk anda mengetahui ialah mengenai lelaki, bukan mengubah lelaki. Jika anda mahu mengubah personaliti lelaki yang menjadi kekasih anda atau suami anda, dia mungkin akan menjadi insan yang lain, yang mungkin tidak anda sukai, dan tidak menyukai anda.

2. Fahamilah Lelaki Agar Dia Memahami.
Anda Cuba memahami perangai sedia ada pada seorang lelaki dan menyesuaikan perangai itu dengan diri anda, adalah lebih baik dari cuba mengubahnya dan beranggapan bahawa ianya tidak sesuai dengan anda. Asalkan perangai itu tidak bertentangan dengan kehendak agama dan kesopanan budaya. Dengan cara itu lelaki akan cuba memahami anda dan menyesuaikan dirinya dengan diri anda.

3. Berubah Untuk Menikmati Perubahan.
Sekiranya anda mahu mengubah perangai lelaki, malah perangai sesiapa pun, anda tidak akan mampu berbuat demikian. Kerana insan itu sendirilah yang akan mengubah perangainya jika dia mahu. Anda cuma boleh memujuk dan mempengaruhinya agar berpihak kepada anda. Anda sendiri perlulah sanggup berubah kepada perangai
yang lebih baik untuk membolehkan seseorang lelaki berubah memperbaiki dirinya.

4. Sanggup Memberi Untuk Menerima
Di atas segala-galanya, apa yang penting untuk anda lakukan ialah sanggup memberi lebih banyak dari yang anda sanggup terima dari seorang lelaki. Dengan itu, anda mungkin akan menerima lebih banyak dari yang sanggup anda beri.

5. Percaya Untuk Dipercayai
Sekiranya anda tidak mempercayai lelaki, janganlah anda harapkan lelaki itu percaya kepada anda. Hidup ini meminta pada yang ada, merajuk pada yang sayang. Untuk membuat orang lain percaya kepada anda bukanlah perkara mudah, bagi menyebabkan orang lain tidak percaya pada anda bukanlah payah. Apabila dia sudah tidak percayakan anda, amat sukar pula untuk dia mengubah pendiriannya.

6. Menangkan Lelaki Untuk Menang
Mengenal lelaki bukanlah untuk mengalahkan lelaki, kerana dalam kehidupan suami isteri, sepatutnya sama-sama menang dalam semua aspek kehidupan. Dalam satu perkahwinan ada dua kuasa, pertama kuasa suami, kedua kuasa isteri. Kuasa suami adalah memulakan dan meyuarakan. Kuasa isteri adalah sama ada bersetuju atau tidak. Sekiranya kedua-duanya menyalahgunakan kuasa, maka rumahtangga akan menjadi porak-peranda. dari itu rujuklah kepada agama untuk menghalusi apakah yang boleh dilakukan dan apakah yang dilarang.

7. Sifat Negatif Membuahkan Kesan Negatif
Ramai wanita yang mencabar dan celupar terhadap suaminya. Ramai juga yang bersifat pendesak, terlalu banyak meminta, merendah-rendahkan suaminya, membandingkan suaminya dengan lelaki lain, dan memaki hamun suaminya. Sekiranya anda bersifat sedemikian, walau bagaimana kenalpun anda kepada suami anda, anda bukanlah seorang wanita yang bijak. Andalah yang mungkin menjadi sebab mengapa suami anda merasa tertekan, tidak selesa, banyak berdiam diri, selalu masam muka dan sebagainya lagi yang tidak menyenangkan diri anda. Andalah yang patut berubah.

8. Bertanggungjawab Akan Menikmati Kesan Tanggungjawab

Sebenarnya tanggungjawab wanita terhadap suaminya tidak akan berubah walaupun dunia ini menjadi semakin maju. Begitulah juga tanggungjawab suami kepada isterinya. Selagi anda menjalankan tanggungjawab anda dengan sempurna sebagaimana yang digariskan oleh agama, anda tidak perlu risau apa pun. Allah akan menempatkan anda dipihak yang benar, dan anda tidak
akan rugi apa-apa.

9. Kritikan Akan Membuahkan Kritikan
Kritikan merbahaya kerana ia menjadikan lelaki itu defensif dan sedaya upaya ingin mempertahankan dirinya. Ia bahaya kerana melukakan nilai diri lelaki., menjejaskan rasa kepentingan dirinya, dan menyebabkan dia rasa kecewa kepada anda
dan mungkin akan mengkritik anda pula.

10. Beri Lelaki Apa Yang Dia Mahu
Dia akan melakukan apa sahaja untuk anda dan memberi apa yang anda mahu. Ada dua perkara besar yang dimahukan oleh manusia iaitu (1) Kehendak Seks dan (2) Kehendak untuk menjadi penting. Setiap orang dewasa mahukan kesihatan, makan, tidur, wang, kepuasan seks, anak-anak yang terjaga, rasa dipentingkan dan hidup yang bahagia dunia akhirat. Berilah lelaki apa yang dia mahu dan apa yang boleh anda berikan.

11. Tunjukkan Minat Tulen Terhadap Lelaki
Dia akan menunjukkan minat terhadap anda. Dengar apa yang ingin dikatakannya, walaupun ianya tentang dirinya sendiri atau mengenai kerjanya, ataupun kesukaannya. Lebih berminat anda padanya, maka lebih berminatlah dia kepada anda.

12. Senyuman Itu Tanda Kasih Yang Tidak Perlu Dibayar
Anda tidak perlu membayar apa-apa utnuk senyum pada lelaki yang anda kasihi. Dia akan senyum kembali pada anda. Betapa nikmatnya senyuman yang dilemparkan kepada anda itu, begitu jugalah nikmat yang dirasanya apabila anda senyum padanya. Senyuman menyebabkan lelaki suka pada anda.

13. Panggilah Lelaki Dengan Panggilan Manja
Sebagaimana anda mahukan lelaki memanggil anda dengan nama yang baik dan nada yang lembut, begitulah pula lelaki. Dia mahukan anda memanggilnya dengan lembut, merdu dan manja, sesuai dengan sifat anda sebagai wanita.

14. Hormati Dia Sebagai Lelaki
Dia akan menghormati anda sebagai wanita. Jika anda berusaha untuk memahami sikapnya dan bertolak-ansur dengannya, dia juga akan melakukan perkara yang sama terhadap anda. Wanita patut menghormati lelaki yang menjadi suaminya, dan memberi penghormatan tidak akan merendahkan kehormatan diri sendiri, malah menjadikan diri lebih terhormat.

15. Dengarlah Dengan Baik
Antara masalah besar dalam rumahtangga ialah apabila masing-masing suami isteri tidak mahu berbincang secara terbuka. Dengarlah dengan baik apa yang diperkatakan oleh lelaki, nescaya dia akan mendengar pula apa yang ingin anda katakan.

16. Bercakaplah Tentang Apa Yang Disukai Lelaki
Lelaki tidak suka mendengar celoteh wanita, mengenai hal-hal remeh-temeh yang biasanya diceritakan oleh wanita kepada wanita. Lebih baik bercakap perkara yang menjadi kesukaannya dan berkaitan dengan minat anda untuk membantu kerjayanya atau membantu mempertingkatkan ekonomi rumahtangga.

17. Katakanlah Bahawa Dia Penting Dalam Hidup Anda
Dia akan menganggap anda penting dalam hidupnya. Antara kesilapan wanita ialah suka merendah-rendahkan suaminya, atau menganggap bahawa sekiranya perceraian berlaku, ramai lelaki yang lebih baik seikapnya dan sifatnya yang sanggup menjadi suami. Mungkin begitu jugalah suami anda berfikir mengenai anda.

18. Jangan Katakan Penyesalan Mengahwininya
Apabila anda menyatakan penyesalan mengahwini suami, suami anda akan menyesal mengahwini anda, walaupun dia tidak menyatakannya. Menyatakan penyesalan berkahwin menunjukkan pendeknya akal anda dan lemahnya anda dalam menghadapi dugaan hidup. Sepatutnya anda berusaha untuk merasa gembira mengahwini suami anda.

19. Elakkan Pergaduhan
Ada wanita yang menunggu-nunggu saat suaminya menegurnya atau menasihatkannya, kerana dia sudah sedia dengan peluru-peluru tohmah dan kejian serta airmatanya. Untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berkaitan rumahtangga, elakkan pergaduhan, dan janganlah anda pula yang memulakannya.

20. Jangan Menyalahkan, Minta Maaf Bila Bersalah
Sekiranya anda sukar meminta maaf atas kesalahan anda, dan sebaliknya amat suka mencari kesalahan lelaki, dia akan menganggap bahawa anda adalah seorang yang keras kepala dan keras hati, sukar dibentuk. Lebih buruk lagi dia mungkin merasa bahawa dia telah gagal membentuk diri anda sebagai isterinya, dan mungkin bersebab dari itu, dia cuba mencari jalan
keluar.

21. Hidup Bukan Hanya Di Dunia
Banyak masalah timbul kerana manusia biasanya bertindak dengan akal yang sempit dan tindakannya berbentuk keduniaan. Kejayaan anda di akhirat adalah bergantung kepada betapa baiknya anda kepada suami anda dan betapa bereskah tanggungjawab anda terhadapnya.









Sunday, June 20, 2010

It's All About The Dinner @ Kopi Kampung Cafe

I just came back from Kopi Kampung Cafe after having a great dinner with my family. 10 of us including my hubby n kids. My ayah booked the VIP room with the air-condition. Just 4 our privacy. Actually, this informal meeting introduced by my ayah since I was in standard 5 (if am not mistaken). But there was such a long time we leave this routine bcoz everybody have their own life and occasionally gather in a roof. So this valuable opportunity been taken by my ayah to belanja all of us at the café. After ordering the menus, ayah began the meeting( like tazkirah actually). Ayah will always remind us about solat.. no matter what, it should be performed completely.. Then, as most of us have our own life.. 3 of us are working and my little bro and sister is still studying...so ayah mengingatkan kami untuk mencari rezeki yang halal..jangan menipu...jangan mencuri masa, jangan mengambil hak orang lain...jangan melibatkan diri dalam rasuah or any unethical problems... jaga keturunan..jaga hubungan adikberadik.. selalu bersedekah walaupun sedikit, dan macam2 lagi.. Ayah, I will always remember your words... I love u very much. You are my inspiration. Ayah, I'll make sure that this rapport would never last till the end albeit I have to sacrifice whatever that I have. Ohhh I forgot to wish " Happy Father's Day" to my beloved ayah who sacrificed most to us . Again, I love u.. truly..deeply. Mom too... Our makan2 last around 9.30.. and separately drove to our own destination. I am very happy tonite as we can gather in a round table, laughing..discussing.. teasing each other.

Saturday, June 19, 2010

Pentingkah Untuk Berhias?

Hari ni terakhir cuti sekolah, untuk sekian lamanya saya menjadi suri rumah tangga. Best jugak melayan kerenah anak2.. di samping sentiasa dapat berkepit dengan suami tersayang. Esok, bermulalah tugasku untuk berjuang mendidik anak bangsa tercinta. Miss you guys!
Tadi hubby bawak saya n adib makan di restoran tepi sungai untuk melayan selera Adib. Tapi tetap gagal. Sampai je kat situ, dia sibuk pulak nak feed ikan dalam sungai n tunggu buaya timbul. Uishh payah sungguh budak cakap pandai ni.
Sedang sibuk menyuap nasik, tetiba hubby bersuara, ishh kesian suami dia, isteri dia dressing macam nenek umoq 70 tahun. Agak terkedu, tapi malas nak tunjuk. Sebelum ni dia tak pernah commen bab2 dressing org lain. Comment dressing isteri sendiri ada la. Kalau warna tak match, baju tak sesuai or apa2.. dia memang tegur directly. Lepas makan, saya pun menoleh untuk melihat sasaran yg dimaksudkan. Emmm hati mengangguk setuju. Tapi mulut tetap kelu untuk membuat sebarang kenyataan. Masa suami perempuan tu melintasi kami untuk membasuh tangan di sinki, saya perhatikan dia. Segak, bergaya lelaki tersebut. My hubby pulak menambah.." Suami bergaya, tapi kesian... Kalau mcm tu selalu, lama2 nanti suami pun segan nak bersiap. Rugi sebab umur muda lg, tp dah act mcm org berumur.." hehe betoi jugak..Jadi pengajarannya.. Berhiaslah untuk suami!

Do u know why I am shutting up my mouth while he is commenting on that woman? I felt a bit embarrassing because sometimes I did not dress up properly and touch up nicely when we hanging out together with my kids. My reason is... no time. I have to look after my kids first, then get ready for my self since he is waiting outside(bz angkut barang n polishing his car). Pressured me to do in hurry. Oh baru 2 orang anak.. dah tak sempat nak touch up. But dear, I always bear in mind, I will do my best for you.Make my husband proud of me! Yesterday, I read the article bout "The Happiness in Marriage". Stated that.."if matter will make your husband happy and bring happiness to your home. Feelings of difficulty will pass if you are patient and get used to it. It turn to joy when you see the effect that your way of dressing has on him..."
"Try to change or nothing ever will"

King of the King and Touchdown Jesus Struck by Lightning

June 14 2010 -The famous 19-meter tall statue of Jesus at the Solid Rock Church near Monroe, Ohio, known as 'King of Kings' and 'Touchdown Jesus', has been destroyed by a fire after being struck by lightning. The metal frame is all that remains of the styrofoam and fiberglass statue.

Monday, June 14, 2010

THIS IS OUR LOVE

Mari Memasak Puding Tapai Ubi

Haih..banyak betoi nak tulis selepas sekembalinya dari bercuti2 di KL..
Kemarin ada kenduri jiran sebelah umah.. Man yg bertemu jodoh dgn org Pantai Timur..Selamat Pengantin Baru di ucapkan. Semoga bahagia hingga akhir hayat.. Bukan nak cerita pasai pengantin, tapi makanan yang dihidangkan buat para tetamu. Fuhh semuanya sedap..! Yang menarik perhatian ialah Tapai Ubi. Kalau dilihat pada zahirnya emm memang agak tak berapa boleh telan, tapi, bila rasa sikit, okk la jugak. Kalau tak salah, tapai ubi ni famous belah pantai timur.. bila terpandang tapai ubi ni..tetiba teringat resepi Puding Tapai Ubi yang pernah dibaca daripada blog2 pencinta masakan ni.. Jadi, dengan tak malunya, 2 bungkus tapai ubi dibungkus untuk dibawa balik dengan izin tuan rumah. Maka bermulalah episod experimenting Puding Tapai Ubi @ home..
Semalah ajak hubby pi Tesco beli bebahan..Semangat sungguh nih!!!! Pagi tadi, bangun tidur, terus masuk dapur, keluarkan lauk2 untuk masak tengahari. Antaranya smoked beef yg dibeli di gudang frozen food di Ara Damansara, daging kambing dan ikan pari..Lepas siap masak.. baru boleh proceed dengan mu experiment. So sesiapa yg berminat, boleh cuba resepi ni..

Bahan2:
Tapai ubi 5 ketulfresh milk 400ml
3 camca tepung jagung
gula ( agak2 manis dalam 1/2 cawan)
satu biji telur ayam .
perisa pandan

cara2:

Semua bahan di atas di masukkan ke dalam blender dan blend sehingga halus. Pastikan tapai ubi dibuangkan empulurnya dibahagian tengah.Kemudian masukkan ke dalam loyang dan kukus sehingga masak.

Kuah:

Susu cair 1/2 tin
air 1/4 cawan
gulavanila essen

didihkan semua bahan untuk kuah selama beberapa minit. Tutup api dan biarkan sejuk. Kedua2 puding dan kuahnya disimpan ke dalam peti sejuk.

Hidangkan bersama buah2an koktail.

Lebih kurang macam ni la jadinya..Tapi yang ni dah nampak berkecai sebab inilah potongan terakhir yang tinggal..

Friday, June 4, 2010

AKTIVITI CUTI SEKOLAH

Jumaat, 4 Jun 2010..hari pertama bermulanya cuti pertengahan penggal. Rasa nak melompat mcm budak2. Best giloo cuti! Dapat menghabiskan masa dengan si kecil yang montel dan abangnya yg kurus kering! Love both of u..

Hari ni ada orang masuk homestay. Family from Singapore. Segalanya dah ready..tinggal nak tunggu dia sampai jer. Seperkara lagi yang saya suka tentang cuti ni ialah..pendapatanku bertambah.Homestay boleh dikatakan hari2 ada orang. Alhamdulillah..rezeki untuk anak2. Bercadang nak bawa anak2 jejalan kat KL and Cameron cuti ni. Lama subgguh tak bercuti sekeluarga. Adib mesti suka..sebab dia memang mewarisi hobi mamanya-traveling! Bukat takat Adib saja, adik pun dah ada menunjukkan ciri2 yang sama. Hehe jenuh la daddy bawa kami jejalan. Kami maybe nak stay kat KL for a week, pastu kena balik sebab saya kena bertugas di sekolah.

Minggu kedua cuti ni ada kem motivasi dan teknik menjawab soalan PMR SPM. If I was not appointed as a treasurer of the programme, for sure la tak jenguk langsung ke SMAD. Sebab saya ni bukan type yang suka buat2 rajin sangat. Ala kadar jer..huhu.. Kalau diamanahkan, sudah pastinya tugas tu akan dipikul sepenuh hati dan kalau disuka relakan..pastinya saya akan buat bila saya suka dengan hati yang rela.. Kalau tak perlu ambik tau, saya akan buat don't know... Niat mesti betoi..kan?

Satu lagi aktiviti wajib musim cuti sekolah ialah makan kenduri. Banyak jugak jemputan kenduri yang diterima. Insyaallah saya akan berusaha untuk menghadiri jemputan2 tu.

oklah..kepada guru2 dan pelajar2 selamat bercuti!!!

Wednesday, June 2, 2010

GAZA OH GAZA...

Aduh..jari-jemari ini sudah tidak sabar lagi untuk mencoretkan sesuatu di laman blog ni. Al maklumlah sibuk marking student's x-am scrips yang pelbagai hasil nukilannya. Creative budak2 ni sebenarnya sebab their answer was beyond our thinking and sometimes very funny! Begitulah perihal menjadi guru, apa2 pun am happy!
Yang tak happynya....2-3 hari lepas kita digemparkan dengan serangan ke atas kapal Turki, 'Mavi Marmara' yang ketika itu dalam pelayaran misi kemanusiaan Lifeline for Gaza. Rakyat Malaysia juga turut terlibat. Satu lagi publisiti murahan daripada rejim zionis untuk memarakkan lagi kemarahan umat Islam khususnya. Kononya tindakan tersebut untuk menghalang mereka daripada memberi bantuan kepada pengganas. Persoalannya, sipakah pengganas? Rakyat Palestin yang hanya bersenjatakan batu, atau tentera Israel dengan roket dan kereta kebal berteknologi tinggi yang didermakan oleh kawan baik regim itu..tidak lain lagi A.S. Tak cukup dengan senjata mereka menggunakan munisi fosforus putih iaitu sejenis bom yang telah dilepaskan di tempat2 awam yang mempunyai kepadatan penduduk yg tinggi dan paling menyahat hati.. bom ini dilepaskan di kawasan hospital dan tempat simpanan ubat2an PBB. Kesian pesakit2 di situ terpaksa di pindahkan ke tempat lain yg lebih selamat. Dah jatuh ditimpa bom lagi.

Walaupun dunia mengecam mereka sebagai penjenayah, tetapi mengapa tiada siapa berani bangkit untuk mengheret kaum Yahudi ini ke muka pengadilan. Kekadang terfikir jugak.. apa dah jadi dengan PBB? What is the function of PBB Court? Aksi ganas yang dilakukan Israel pada 31 Mei lalu merupakan satu lagi pelanggaran undang-undang antarabangsa yang menuntut PBB menilai dan mengambil tindakan terhadap kekejaman Israel tu.Namun begitulah, regim Israel sentiasa dilindungi oleh sekutunya, selagi itulah kekejaman ini tidak akan berakhir dan keadilan pastinya jauh sekali.

Sebenarnya perpaduan dikalangan negara Islam amatlah penting untuk menundukkan kuasa rejim ini. Walaupun berbeza mazhab atau keturunan..tetapi kita umat Islam seluruhnya disatukan oleh akhidah yang sama. Malangnya, kebanyakan negara2 Islam lebih mengagungkan kuasa besar dari barat sebagai kiblat polik mereka. Sebelum kita menunding jari ke batang hidung orang lain, saya rasa eloklah kita sama2 menjalankan tanggungjawab kita sebagai individu muslim untuk membantu rakyat Palestin yang juga saudara seagama. What should we do? Pray for them,boikot barangan Israel, donate materially or financially, and ..doa..doa..doa...Mudah-mudahan dengan usaha kecil kita ini dapat meringankan beban penderitaan umat Islam di Palestin. Dan Allah memandang kita sebagai Muslim yang telah berusaha untuk membantu saudara-saudaranya...InsyaAllah.

Ya Rab..

Hanya Engkau yang mampu mengubah Qun menjadi Fayaqun..

Mengizinkan mukjizat..

Membari hadiah..

Menjatuhkan murka..

Semua derita telah tumpah di Palestina

Bercampur asap, debu, puing, darah

Tangis, jerit, lengking,

dan Doa.

Di sana, hidung manusia mencium tanah, menyembahmu

Berharap sang musuh henti berlaku angkara

Berharap sesama Muslim bersatu melawan durjana

Berharap hidup tanpa batu, apalagi peluru

Cuma Engkau yang punya kuasa

Berikan damai

Di Palestina

Hentikan segala murka..

Amin..amin ya Rabb..



Ya Allah, nak edit dan upload gambar ni pun dah jadi terketar2 tangan..dada menahan sebak.. Macamanalah mereka di sana menganggung semua ini..?? Berbeza sungguh dengan anak2 kita.. masa seusia macam ni anak2 kita sedang sibuk dengan Upin dan Ipin, Hagemaru..tapi anak2 Palestin sudah ditanam semangat jihad untuk pertahankan negara tercinta...begitu juga dengan remaja kita yang sedang asyik dengan rancangan realiti tv, dan melayani perasaan dengah penuh syahdu..tetapi remaja Palestin, sudah bangun ke medan perang demi sebuah bumi anbiya' tanpa sedikit perasaan gentar.



Wednesday, May 26, 2010

My Poor Little Adu is Suffering Eczema

What Is Eczema?

Eczema (pronounced: ek-zeh-ma) is a group of skin conditions that cause skin to become red, irritated, itchy, and sometimes develop small, fluid-filled bumps that become moist and ooze.

There are many forms of eczema, but atopic (pronounced: ay-tah-pik) eczema is one of the most common and severe. Doctors don't know exactly what causes atopic eczema, also called atopic dermatitis (pronounced: der-muh-tie-tis), but they think it could be a difference in the way a person's immune system reacts to things. Skin allergies may be involved in some forms of eczema.

If you have eczema, you're probably not the only person you know who has it. Eczema isn't contagious like a cold, but most people with eczema have family members with the condition. Researchers think it's inherited or passed through the genes. In general, eczema is fairly common — approximately 1 in 10 people in the world will be affected by it at some point in their lives.

People with eczema also may have asthma and certain allergies, such as hay fever. For some, food allergies (such as allergies to cow's milk, soy, eggs, fish, or wheat) may bring on or worsen eczema. Allergies to animal dander, rough fabrics, and dust may also trigger the condition in some people.

http://kidshealth.org/teen/your_body/skin_stuff/eczema.html#