Gambar hiasanSalam takziah buat keluarga si mati....
Semalaman aku tak boleh melelapkan mata mengingatkan kejadian di Tanah Perkuburan Masjid XXXX siang tadi.Yang dikebumikan tu adalah saudara terdekat, jadi bagi memberi penghormatan terakhir buatnya, aku pun mengiringi jenazah hingga ke tanah perkuburan.
Apa yang nak dikongsi disini bukanlah keaiban si mati, tetapi pengajaran yang aku perolehi sekitar upacara tersebut. Maha SuciMu Ya Allah...Engkaulah Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihani.Ya Rabb,Engkau mengetahui apa yang tidak kami ketahui.Kau ampunlah dosa2 kami samaada dosa kecil mahupun besar.
Dan segala yang engkau pertontonkan kepada kami, menjadi suatu ikhtibar kepada kami untuk terus mengingatiMu, menjauhi segala laranganMu dan beramal dengan agamaMu.
Setibanya aku dari tempat kerja, aku terus ke rumah arwah, menyaksikan arwah telah selamat dikafankan. Tak sempat jugak aku nak menatap wajahnya buat kali terakhir..Tetapi aku redha..aku sempat melihat wajah terakhirnya semasa di bilik mayat di hospital.Setelah selesai dikafan dan sesi "mengucup jenazah"..maka keranda pun diangkat untuk dimasukkan ke dalam van untuk di bawa ke masjid. Baru saja keranda naik dari lantai, tetiba.."prappp" lantai keranda pecah..Kalutlah orang2 yang bertugas mengikat keranda tersebut dengan kain..lalu kerja diteruskan. aku terdengar rungutan keranda itu terlau berat..Masyaallah..
Selesai sahaja jenazah disembahyangkan, jenazah dibawa ke liang lahad yang sememangnya telah siap digali. Disebabkan kawasan perkuburan itu di tepi sawah, maka secara rasionalnya aku dapati liang tersebut dinaiki air..Jadi proses menurunkan jenazah delay seketika. Sedang penggali kubur dan beberapa pembantu menimba air, tetiba...tanah yang ditimbun di atas kubur bersebelah sedikit demi sedikit runtuh menimbusi liang lahad yang telah digali. Aku nampak dengan jelas tanah itu bergerak. Bukan sekelip mata. Aku terdengar orang menjerit,"naik!! tanah himpit". Lalu penggali kubur membiarkan saja tanah itu membolos ke liang lahat. Mereka menggali semula. Sabar sungguh mereka! Hampir sejam, semua kerja selesai. Alhamdullilah. Jenazah diturunkan..dan anak-anak serta saudara mara terdekat bergelumang dengan selut(lumpur) untuk menibus tanah ke liang lahad. Sedang mereka menggumpal tanah, tetiba seseorang menjerit, "ular!". Saudara yang ada berdekatan terkejut,..dan apabila makhluk itu sampai berdekatan, didapati binatang itu seakan2 ular, tetapi berkaki. Seorang saudara lagi menyampuk" ular ada kaki".. lalu suasana sepi kembali.Lebih aneh lagi terdapat lipan bara bersama labah-labah yang berselit-selitan dicelahan tanah. Akhirnya upacara penggkebumian selesai dengan bacaan taklin oleh Imam qariah tersebut. Saudara mara beredar meninggalkan kawasan tersebut. Hanya 3-4 orang anak2 dan adik2 arwah menemani pusaranya beberapa jam. Apabila mereka meninggalkan pusara tersebut sejauh 7 langkah, maka bermulalah tugas malaikat Mungkar dan Nangkir membuat perhitungan. Ya Allah, cucurilah ramhatMu ke atas rohnya..
Kubur sesungguhnya menyimpan pelbagai rahsia. Lebih menginsafkan, kadangkala ia dipertontonkan Allah kepada kita dengan pelbagai cara dan bermacam-macam peristiwa. Ada yang menakutkan, tetapi ada juga yang menyeronokkan.
Sebagai orang yang paling akrab dengan perkuburan, setiap penggali kubur menyimpan rahsia mereka sendiri. Kebanyakkan mereka telah menyaksikan bermacam-macam kejadian aneh yang tidak terjangkau oleh akal logik. Alangkah bertuahnya mereka dapat menyaksikan bukti-bukti kebesaran janji Allah.
Bagaimanapun, apa yang disaksikan berlaku pada mayat dan kubur bukan semuanya seksaan Allah kepada jenazah. Ada kalanya perkara-perkara aneh yang berlaku itu adalah untuk mengajaran kepada manusia yang masih hidup.
Dalam kitab Al-Safinah al-Makhirah Ila Al-Barzakh ada disebutkan bahawa apa sahaja yang berlaku ke atas mayat dan di dalam liang lahad adalah satu misteri. Ia bertujuan memberi iktibar kepada keluarga si mati serta manusia yang masih hidup. Terimalah ia sebagai tarbiah dan bukan dengan kegerunan serta syak wasangka.
Satu hari nanti janji Allah akan memanggil kita cuma masa dan tempatnya sahaja yang tidak kita ketahui.Sesunggunya janji Allah adalah benar dan mati itu adalah benar.marilah kita menginsafinya dan bertaubat sebelum terlambat.Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Allahyarham dan menempatkannya bersama kalangan orang-orang yang beriman dan mukmin.AMIN